Skip to main content

Hiburan

CNA938 antara 10 stesen radio unggul di SG

Anggaran Waktu Membaca:
CNA938 antara 10 stesen radio unggul di SG

Indranee Rajah sedang berbual dengan penyampai stesen radio CNA938 Arnold Gay dan Yasmin Jonkers. (Gambar: Hanidah Amin)

SINGAPURA: Stesen radio Inggeris CNA938 termasuk dalam senarai 10 teratas stesen radio di Singapura.

Ini kali pertama stesen CNA938 berada dalam kedudukan 10 teratas tersebut.

Stesen radio berita itu menduduki tangga kesembilan dalam tinjauan radio Nielsen yang dijalankan dari Ogos hingga Oktober 2022.

Jumlah pendengar mingguan CNA938 mencecah 380,000 - termasuk pendengar digital iaitu 292,000. Bermakna, ia meningkat sebanyak 79.1 peratus atau 129,000 pendengar sejak kali terakhir tinjauan itu dijalankan.

Stesen itu dilancarkan pada 2019, dengan tumpuan kepada berita mutakhir, berita terkini perniagaan dan analisis pakar bagi peristiwa-peristiwa di Singapura, Asia dan negara-negara lain.

Stesen itu merupakan platform tambahan kepada kewartawanan CNA yang kerap meraih anugerah.

Menurut tinjauan radio Nielsen itu, Mediacorp menduduki tempat kesembilan daripada 10 teratas dalam ranking stesen radio di Singapura, selain mendominasi 83.8 peratus saham pasaran radio.

Tinjauan itu, yang menjejak jumlah pendengar radio menerusi siaran harian oleh 2,014 orang dewasa 15 tahun dan ke atas, menilai keputusannya berdasarkan usia, jantina dan bangsa untuk mewakili penduduk Singapura.

"Untuk terus diiktiraf sebagai rangkaian audio unggul di Singapura, kita tidak boleh berpeluk tubuh dan pencapaian ini tidak boleh dipandang ringan," kata Ketua Pegawai Eksekutif Mediacorp, Tham Loke Kheng.

"Kami komited untuk menyampaikan kandungan yang terbaik untuk menghiburkan, memberi maklumat dan inspirasi kepada pendengar dari semua segmen masyarakat dan (kami) bangga kerana tinjauan terkini Nielsen mengesahkan kejayaan kami melakukan demikian."
Sumber : CNA/NK/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita