Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

CNA menang 2 Anugerah Kreatif Akademi Asia 2021

CNA memenangi dua anugerah di Anugerah Kreatif Akademi Asia 2021, termasuk Anugerah Rancangan Info-Hiburan Terbaik.

Anggaran Waktu Membaca:
CNA menang 2 Anugerah Kreatif Akademi Asia 2021

Penyampai CNA Steven Chia dengan Anugerah Penyampai Berita Terbaik atau Penyampai Ehwal Semasa Terbaik. (Gambar: Anugerah Kreatif Akademi Asia 2021)

Diterbitkan : 03 Dec 2021 12:20PM Dikemas Kini : 03 Dec 2021 12:23PM

SINGAPURA: CNA memenangi dua anugerah di Anugerah Kreatif Akademi Asia 2021, termasuk Anugerah Rancangan Info-Hiburan Terbaik.

'Climate Change: A Wicked Problem, Power' sebuah siri empat bahagian memenangi Anugerah Rancangan Info-Hiburan Terbaik.

Dihoskan oleh Dr Janil Puthucheary, siri itu meninjau usaha Singapura menangani perubahan iklim.

Penyampai CNA, Steven Chia memenangi Anugerah Penyampai Berita Terbaik atau Penyampai Ehwal Semasa Terbaik bagi rancangan ehwal semasa Talking Point.

Majlis penyampaian anugerah itu yang merupakan acara utama Pesta Media Singapura, diadakan pada Khamis (2 Dis) dan Jumaat.

Ia meraikan karya penerbitan dari Australia, Kemboja, China, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Malaysia, Myanmar, New Zealand, Filipina, Singapura, Korea Selatan, Taiwan, Thailand dan Vietnam.

Lagi tiga penyertaan dari Singapura turut mendapat anugerah.

Muhammad Razin Mohd Ramzi memenangi Anugerah Suntingan Terbaik bagi dokumentari 'Wild City: River World'. Dokumentari itu yang juga boleh ditonton menerusi meWatch, diterbitkan oleh Beach House Pictures bagi Mediacorp.

'The Apprentice: One Championship Edition' yang diterbitkan oleh Refinery Media, memenangi Anugerah Adaptasi Terbaik.

'Spectrum: The Visit' memenangi Anugerah Filem Pendek Terbaik. Filem pendek beranimasi itu adalah sebahagian daripada antologi yang meliputi tujuh filem pendek dari pengarah Singapura dan Malaysia, yang diterbitkan dengan kerjasama Robot Playground Media, The R&D Studios dan Finding Pictures.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan