Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Chef Wan mohon maaf kepada Najib kerana 'terlepas cakap'

Chef Wan hari ini (21 Jan) memohon maaf 'terlepas cakap' dan menggunakan bahasa kasar apabila berkata dia ingin menampar muka mantan Perdana Menteri Najib Razak.

Anggaran Waktu Membaca:
Chef Wan mohon maaf kepada Najib kerana 'terlepas cakap'

(Gambar: Chef Wan/Facebook)

Diterbitkan : 21 Jan 2019 06:11PM Dikemas Kini : 21 Jan 2019 06:14PM

MALAYSIA: Chef Wan hari ini (21 Jan) memohon maaf 'terlepas cakap' dan menggunakan bahasa kasar apabila berkata dia ingin menampar muka mantan Perdana Menteri Najib Razak.

Menerusi catatan Instagramnya, cef selebriti itu menjelaskan bahawa dia mengungkapkan kata-kata kasar itu kerana terbawa-bawa dengan emosi.

"Kepada Najib, pagi ini saya memohon maaf secara terbuka kerana bahasa yang kasar yang saya gunakan sewaktu saya berasa amat marah," tulis Cef Wan seperti ditukil media tempatan.

"Ya, saya tidak mahu menjadi manusia yang tidak mengenang jasa yang tidak menghargai sumbangannya kepada negara ini.

"Mari berlaku adil, beliau adalah ahli politik dan beliau perlu berdepan semua (kritikan) ini secara terbuka.

"Tetapi jika kita buat kesalahan yang besar kita mesti telan maruah diri kita untuk mengaku kesilapan diri seperti yang saya lakukan pagi ini. Ya, saya mengaku saya silap bila dirasuk syaitan dan naik marah,” tulis Chef Wan lagi.

Menurut Malaysiakini, Cef Wan pada Ahad (20 Jan) meluahkan rasa kecewanya terhadap Barisan Nasional, khususnya Encik Najib, yang merupakan mantan pengerusi gabungan itu.

Ini bukan kali pertama Chef Wan secara terbuka menyatakan rasa kecewanya. Malaysiakini melaporkan selebriti itu membesar di petempatan Felda.

Pada 2017, Chef Wan berkongsi tentang kekecewaannya selepas membaca laporan media tentang siasatan SPRM ke atas agensi tersebut. Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad ketika itu menyatakan penghargaan kepada Chef Wan kerana menurutnya dia "berani berkata benar dan menegakkan keadilan di saat mengekalkan pendiriannya untuk tidak berpihak kepada mana-mana parti politik."

Dalam pada itu, dalam kenyataan permohonan maafnya hari ini (21 Jan), Chef Wan bagaimanapun tetap mempertahankan kritikannya terhadap BN dan Encik Najib berhubung isu Felda.

"Kepada penyokong Najib, saya cuma boleh kata, jangan jadi batu api," katanya.

Mengulas berhubung kenyataan Chef Wan semalam (20 Jan), Encik Najib sekadar berkata beliau tidak mempunyai sebab untuk melayan perkara itu. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan