Cef Wan tidak mahu tipu diri; gagahkan semangat lawan barah limfoma
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: _chefwan58/Instagram
KUALA LUMPUR: Cef selebriti popular, Redzuawan Ismail atau Cef Wan, 65 tahun, yang kini menghidap barah limfoma menyifatkan penampilannya yang kini botak sebagai menawan sama seperti dua selebriti Hollywood, Vin Diesel dan The Rock.
Menerusi hantaran di Instagram, Cef Wan meluahkan dia tidak mahu menipu diri dengan memakai rambut palsu semata-mata untuk dilihat gembira dan mampu tersenyum ceria.

"Apabila saya melihat foto dua selebriti Hollywood terkenal (Vin Diesel dan The Rock) yang berimej botak itu, saya fikir okaylah kalau botak pun. Mereka tetap kelihatan menawan.
"Malah, saya berasa seperti menipu diri sekiranya memakai rambut palsu seperti malam tadi hanya untuk mengukir sebuah senyuman di wajah," tulisnya, lapor Harian Metro.
Cef Wan berkata, beliau sebenarnya yakin saja berjalan ke sana sini dengan imej botak tanpa perlu memikirkan tanggapan orang lain terhadapnya.
"Apa yang pasti doktor memaklumkan keputusan pemeriksaan darah saya berada pada tahap okay dan dibenarkan balik ke rumah sejak kelmarin selepas selesai rawatan kemoterapi yang kelima.
"Saya boleh makan seperti biasa, apa saja makanan yang diinginkan, perlu mendapat rehat yang cukup dan sentiasa rajin bersenam untuk membina tenaga dan kekuatan dalaman diri menjadi lebih bersemangat," katanya, seperti dipetik Harian Metro.
Rata-rata netizen yang mengikutinya di Instagram meninggalkan komen-komen pembakar semangat untuk Cef Wan berjuang melawan barah limfoma yang difahamkan tahap dua itu.
Pada 3 Ogos lalu, Cef Wan membuat perkongsian di Instagram mengenai keadaan kesihatannya yang disahkan menghidap barah limfoma selepas dua kali melakukan ujian electrocardiogram (ECG).
Dalam hantaran berkenaan, beliau juga memaklumkan dirinya perlu menjalani rawatan kemoterapi sebanyak 13 kitaran bagi jangka masa selama 13 minggu, menurut Harian Metro.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.