Cef Wan sangkal dakwaan aniaya kakitangan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Chef Wan/Facebook)
KUALA LUMPUR: Cef selebriti terkenal, Redzuawan Ismail, 66 tahun, atau lebih dikenali sebagai Cef Wan, menafikan dakwaan yang tular mengatakan dia menipu gaji pekerjanya.
Cef Wan menjelaskan peranannya dalam Kumpulan Restoran Cef Wan (CWGR) adalah mengendalikan resipi serta kualiti makanan, manakala soal penggajian adalah tugas rakan perniagaannya, lapor BH Online.
"Sejak permulaan kerjasama ini, memang dari awal saya sudah terangkan secara jujur dan ikhlas. Saya tidak buat keputusan berkaitan gaji kakitangan atau mengambil, memecat kakitangan dan operasi.
Menurut Cef Wan, memang ada kakitangan yang diberhentikan dan dipotong gaji atas faktor prestasi kerja, tidak berdisiplin atau didapati menipu syarikat.
"Jadi, sebahagian kakitangan ini tidak gembira dan berhenti kerja. Ada pula asyik bergaduh dan memberi kesan kepada kualiti perkhidmatan dan makanan kami.
"Takkan mereka sampai tak boleh ditegur? Takkan sebagai majikan, kita nak tunduk kepada perbuatan-perbuatan fitnah atau ugutan mereka? Jadi saya cuba fahamkan kedua pihak kerana ingin mencari puncanya supaya nama saya tak tercalar," katanya kepada BH Online.
Awal dari itu, CWGR mengeluarkan kenyataan bahawa penularan itu adalah berita palsu. Syarikat terbabit memberi amaran tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.