Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Cef Wan mohon maaf atas komen berbaur perkauman

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Cef selebriti, Redzuawan Ismail, 66 tahun, atau mesra disapa Cef Wan, tidak menyangka komen gurauannya mengenai gaun pakaian dipakai bintang Bollywood, Aishwarya Rai disalah anggap segelintir pihak.

Cef Wan berkata dia tidak berniat mempermainkan agama Hindu dan memohon maaf atas tindakannya itu, lapor Harian Metro.

"Bukan niat saya untuk bersikap perkauman atau burukkan mana-mana agama. Sebagai seorang cef televisyen, saya sentiasa menghormati semua budaya dan agama di seluruh dunia.

"Saya mohon maaf kepada semua kerana memuat naik kenyataan demikian," kata Cef Wan menerusi catatan yang dimuat naik ke Instagram.

Cef Wan turut memohon maaf kepada Aishwarya berikutan tindakannya itu dan mengakui begitu teruja melihat penampilan pelakon wanita yang diminatinya itu.

Tambah Cef Wan, dia hanya berkongsi pendapat dan berseloroh kerana kapsyen yang dibuat bertanyakan mengenai pandangan warganet terhadap gaun yang dipakai Aishwarya.

Menurut laporan Harian Metro, Cef Wan mendakwa dia hanya berjenaka dan bercakap jujur, namun komennya disalah tafsir sehingga polis terpaksa menyiasat berikutan aduan yang dibuat.

Awal dari itu, polis mengesahkan Cef Wan sedang disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman berhubung catatan di media sosial yang bersifat perkauman membabitkan Aishwarya.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari mengesahkan pihaknya menerima satu aduan berhubung kes tersebut.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan