Cef Bob buka kafe 9Yards bersama 4 pengasas bersama lain di Sepang
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: 9Yards/TikTok/Instagram)
SINGAPURA: Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba terdengar berita personaliti tempatan Cef Bob membuka kedai di Sepang, Malaysia.
Apa tidaknya, beliau sendiri menerima tawaran untuk sama-sama membuka perniagaan tersebut hanya sekitar sebulan setengah sebelum pelancaran awal kafe 9Yards.
Pelancaran awal 9Yards berlangsung pada 9 September lalu. Pelancaran rasminya pula akan diadakan pada 10 Oktober kelak.
Cef Bob, yang juga pengasas bersama 9Yards, berkongsi dengan BERITA Mediacorp: "Rakan kongsi dan juga pengasas bersama 9Yards, juga seorang warga Singapura, Mohd Hafiz Mohamad membeli lot kedai itu di Sepang.
"Saya sudah mengenali sejak sekitar 30 tahun lalu dan dia bertanya sama ada kami dapat membuka sesuatu di situ. Saya kemudian bercakap 'boleh'.
"Ia sangat mendadak dan berlaku dengan sangat pantas. Ia hanya memakan masa sebulan setengah dari waktu kami meninjau-ninjau lokasi hingga ke mengusul menu, melalui tempoh penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan Prosedur Operasi Standard (SOP)."
9Yards diasaskan bersama oleh Mohd Hafiz Mohamad, Muhammad Ikmal Aiman, Pascal Kamal, Muhammad Zuhaili dan Cef Bob atau nama sebenarnya Shahrizal Salleh.
Selain menggunakan cip Jawa (Java chips) yang bermutu bagi hidangan kopi, 9Yards juga terkenal dengan 'Bi9 Fat Cookies', 'croffle' OKB (Oh Kaya Butter) dan 'crepe' rangup yang dihidangkan bersama lauk Melayu seperti Asam Pedas, Rendang dan Ayam Masak Merah.

KENAPA BUKA KEDAI DI SEPANG?
Tidak dinafikan lokasi kafe yang terletak di 22-G Arena Warisan Puteri, Sepang itu juga menjadi persoalan ramai.
Namun Cef Bob secara terang-terangan berkongsi: "'Overheads' (perbelanjaan berterusan untuk menjalankan perniagaan) di Singapura 'rabak', sangat tinggi. Masalah pertama ialah tenaga manusia dan mendapatkan kakitangan. Isu kedua adalah harga sewa.
"Malah saya berasa ragu-ragu dan takut Melayu Malaysia akan memberi layanan berbeza kepada Melayu Singapura, tetapi ternyata saya silap.
"Mereka pandai menyesuaikan diri dengan kami dan senang untuk mendapatkan kakitangan. Dalam masa seminggu sahaja, semua posisi kakitangan sudahpun diambil."
"Di Singapura, sukar untuk meraih banyak keuntungan dalam bidang F&B. Lagipun warga Singapura lebih memilih untuk memesan Grab atau Foodpanda berbanding makan di kafe. Ini sebahagiannya disebabkan waktu kerja yang fleksibel dan pendapatan lebih tinggi," tambah Cef Bob, yang berkata pembukaan 9Yards "tentu sekali menelan belanja enam angka".
Cef Bob malah tidak menyangkal ini juga peluang untuk beliau menebarkan sayap dan menimba pengalaman di Malaysia.
PENGALAMAN SILAM BERI PENGAJARAN
Cef Bob turut akur bahawa pengalaman gulung tikar bagi 'Sedap Corner' di Simpang Bedok sekitar 10 tahun lalu banyak memberi pengajaran kepada beliau.
Pengalaman tersebut juga sedikit sebanyak membantu memberi panduan kepadanya untuk menjalankan perniagaan kali ini.
"Salah satu faktor saya tutup kedai 10 tahun lalu adalah disebabkan masalah tenaga manusia. Namun pasang surut itu lumrah dalam perniagaan.
"SOP itu sangat penting supaya anda dapat mengawal mutu makanan anda dan menghidangkannya dalam masa lima minit kerana khidmat itu adalah 'nombor satu'.
"Saya sering berpesan kepada diri sendiri bahawa kami bukan menjual makanan, kami menjual satu gaya hidup dan penjenamaan," jelas beliau.
HASRAT BUKA LEBIH BANYAK CAWANGAN DI MALAYSIA
Yang menariknya, Cef Bob berkongsi kisah kejayaan rangkaian kopi Zus Coffee di Malaysia yang kini memiliki 190 cawangan dalam masa empat tahun dan berhasrat membuka lagi lebih 200 cawangan menjelang akhir tahun ini, memberi inspirasi kepada dirinya.
Jelas, pihak 9Yards juga berhasrat membuka lebih banyak cawangan di sekeliling Malaysia dan Singapura jika berkesempatan.
"9Yards ini ibarat fasa percubaan bagi kami untuk membuka lebih banyak cawangan, insya-Allah.
"Niat utama saya dalam apa yang kami lakukan adalah untuk memberi nafkah kepada keluarga. Saya tidak peduli tentang populariti atau kedudukan dalam bidang kulinari. Saya hanya mahu memberi nafkah kepada keluarga saya, itu saja," kata Cef Bob, yang juga bapa seorang anak.
Dengan peluang ini, Cef Bob turut menganggap ia ibarat satu rezeki, atas doa ibu dan isteri saya.
"Tentu sekali (selepas tutup kedai dahulu), saya mahukan kedai saya sendiri, jadi Alhamdulillah.
"Saya mahu menyumbang kembali kepada masyarakat dan menganggap ini satu amal, dengan harapan amal itu dapat melindungi perniagaan ini juga," ujar Cef Bob.

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.