Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Cat Stevens bakal kembali dengan album baru

Anggaran Waktu Membaca:
Cat Stevens bakal kembali dengan album baru

Yusuf/Cat Stevens. (Gambar: Evan Agostini/Invision/AP)

NEW YORK: Penulis lagu dan penyanyi legenda Britain Cat Stevens atau Yusuf Islam bakal mengeluarkan album baru yang mengandungi lagu-lagu ciptaannya sendiri pada musim panas ini.

Album tersebut, yang mengambil masa lebih 10 tahun untuk dihasilkan, menerapkan tema-tema kebersamaan dan bersatu hati.

Koleksi album 12 lagu yang diberi nama 'King Of A Land' bakal dikeluarkan pada bulan Jun ini.

Kulit album itu memaparkan seorang budak lelaki yang bermain gitar di atas Bumi, sedang seekor kucing meregangkan ototnya dan sebuah kereta api pula bergerak di landasan.

Single pertamanya berjudul 'Take The World', yang bersifat ceria dan mesra keluarga, dengan bait-bait lirik "ingin mencari tempat untuk hati yang tenang" (to find a place for a peaceful heart).

"Sumber inspirasi muzik bagi lagu ini datang dari tahun 50-an. Harmoni dan kordnya mempunyai kesan yang mempesonakan. Kehidupan lebih ringkas ketika itu: Jiwa sunyi yang mendambakan kasih sayang," kata beliau dalam kenyataannya kepada Associated Press.

Album berkenaan juga menggabungkan semula Stevens dengan penerbit Paul Samwell-Smith, yang menerbitkan tiga album Stevens antara tahun 1970 hingga 1972 - 'Tea For The Tillerman', 'Teaser And The Firecat' dan 'Catch Bull At Four'.
Sumber : AP/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan