California, 11 wilayah akan saman Paramount demi sekat perjanjian Warner Bros bernilai AS$110 bilion
Anggaran Waktu Membaca:
CEO Paramount SKydance, David Ellison. (Gambar: Reuters)
NEW YORK/LOS ANGELES: California dan 11 wilayah lain sedang mengemukakan tuntutan saman untuk menghalang tindakan Paramount membeli Warner Bros. Discovery dengan nilai AS$110 bilion (S$142 bilion).
Mereka mendakwa bahawa perjanjian ini akan mengurangkan persaingan dalam pengedaran filem dan televisyen kabel, sekali gus menjejaskan panggung wayang serta pengedar TV.
Saman ini menjadi ancaman besar kepada usaha CEO Paramount, David Ellison, untuk mengubah syarikatnya menjadi pesaing utama kepada Netflix dan Disney.
"Melalui saman ini, California dan wilayah-wilayah rakan kami sedang berjuang demi pasaran yang bebas dan adil, bukannya pasaran yang dimanipulasi," kata Peguam Negara California, Rob Bonta, dalam satu kenyataan.
Beliau menambah bahawa langkah itu "akan menyebabkan harga lebih tinggi, mutu lebih rendah, dan kandungan filem serta televisyen yang lebih sedikit. Ini akan menjejaskan panggung wayang, pengedar kabel asas, dan akhirnya, penonton di setiap sofa dan tempat duduk panggung wayang di Amerika Syarikat."
Paramount tidak memberikan maklum balas segera terhadap permintaan untuk memberikan komen pada Isnin (13 Jul). Syarikat tersebut sebelum ini menyatakan bahawa sebarang saman bermotif politik.
Jika dibenarkan untuk meneruskan perjanjian tersebut, Paramount akan menguasai 27 peratus daripada pasaran pengedaran filem yang ditayangkan di skrin-skrin seluruh Amerika, 30 peratus daripada pengedaran filem pecah panggung, dan 27 peratus daripada pasaran untuk saluran kabel asas, menurut kenyataan wilayah-wilayah tersebut.
Keputusan mahkamah mengenai tuntutan wilayah-wilayah ini dijangka mengambil masa berbulan-bulan. Kelengahannya boleh menyebabkan Paramount menanggung kos sehingga ratusan juta dolar. Wilayah-wilayah terbabit meminta Paramount untuk menangguhkan langkah memuktamadkan perjanjian sehingga proses undang-undang selesai, dan menyatakan bahawa mereka akan memohon perintah mahkamah bagi menghalang perjanjian itu daripada dimuktamadkan jika permintaan tersebut tidak dipersetujui.
Paramount dan Warner Bros bersaing untuk mendapatkan tarikh tayangan terbaik dan skrin di ribuan panggung wayang di seluruh negara, menurut pejabat Bonta.
Tanpa persaingan itu, panggung wayang dan penonton wayang mungkin terpaksa berdepan harga yang lebih tinggi, kata Peguam Negara itu.
Begitu juga dengan pengedar TV berbayar dan pelanggan mereka yang bergantung kepada persaingan antara kedua-dua syarikat ini, yang jika digabungkan bakal menguasai saluran-saluran utama seperti CNN, MTV, HGTV, Cartoon Network, dan Nickelodeon.
Perjanjian ini, yang dicabar oleh peguam-peguam negara daripada parti Democrat, turut mencetuskan tuduhan bahawa pentadbiran Presiden Donald Trump memberikan kelonggaran kawal selia sebagai ganjaran kepada rakan-rakan dan penderma mereka.
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat sudah meluluskan perjanjian itu bulan lalu, malah selangkah lebih jauh dengan menyatakan bahawa perjanjian tersebut akan memberi manfaat kepada pengguna dan pekerja.
Perjanjian itu juga mencetuskan bantahan daripada para pelakon, penulis, dan pihak lain yang bimbang ia akan menjejaskan peluang pekerjaan.
Pemilik panggung wayang turut menentang perjanjian ini kerana risau gabungan antara studio filem Warner Bros dan Paramount Pictures akan menyebabkan jumlah filem yang dihasilkan menjadi lebih rendah.
Namun, Paramount menyatakan bahawa perjanjian itu akan membolehkan mereka menghasilkan lebih banyak filem, bukannya berkurangan, selepas mereka memotong kos sebanyak AS$6 bilion (S$7.7 bilion) daripada pertindihan prasarana, pemasaran, dan jawatan korporat. Encik Ellison berikrar gabungan studio filem tersebut akan mengeluarkan 30 buah filem setiap tahun.
Bapa kepada CEO Paramount David Ellison, iaitu Larry Ellison yang merupakan hartawan dan pengasas bersama Oracle, sudah menjalin hubungan rapat dengan Presiden Donald Trump, dan syarikat itu juga telah menggajikan bekas pegawai Encik Trump.
Paramount komited untuk membayar yuran sekitar AS$650 juta (S$841 juta) kepada pemegang saham Discovery Warner Bros. pada setiap suku tahun jika perjanjian itu gagal dimuktamadkan sebelum Oktober.
Syarikat itu menyatakan bahawa kelengahan boleh memaksa mereka untuk merundingkan semula pembiayaan perjanjian, mencetuskan ketidaktentuan pada harga sahamnya, atau mungkin membatalkan terus urus niaga tersebut.

Sumber : Reuters/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.