Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Bunga Citra Lestari adakan konsert ekstravaganza buat julung-julung kalinya di S'pura Ogos ini

Anggaran Waktu Membaca:
Bunga Citra Lestari adakan konsert ekstravaganza buat julung-julung kalinya di S'pura Ogos ini

(Gambar: Resorts World Sentosa)

SINGAPURA: Penyanyi dan bintang filem terkenal Indonesia Bunga Citra Lestari akan menghiburkan para peminatnya dalam satu konsert ekstravaganza di Singapura pada 19 dan 20 Ogos nanti. 

Ini merupakan konsert Bunga atau lebih dikenali sebagai BCL, yang pertama di Singapura, dan akan diadakan di Ballroom Resorts World Singapura. 

Khas buat peminat Singapuranya, 'Blossom Intimate Concert' itu akan memberi peluang untuk BCL berkongsi perjalanan hidupnya sambil menyerlahkan karyanya sebagai seorang pemuzik versatil selama dua dekad. 

Konsert BCL di pentas antarabangsa di Resorts World Sentosa (RWS) itu nanti akan memberikan pengalaman yang berbeza daripada konsert solo meganya sebelum ini, iaitu 'It's Me, BCL' pada 2017. 

"Selepas mengalami beberapa detik sukar dan senang, terutama sekali pada masa-masa susah disebabkan pandemik, terdapat pelbagai faktor yang turut menjejas proses kreatif pemuzik termasuk saya. 

"Saya mengharungi transformasi positif dari segi muzik dan peribadi untuk menunjukkan sesuatu yang baru, menunjukkan diri saya yang baru, khusunya pada waktu ini. Gubahan muzik yang baru sudah disediakan, dan saya berharap 'transformasi' saya sendiri boleh dijadikan inspirasi oleh peminat," kata BCL.

Lagu-lagu hitnya seperti Cinta Pertama, Pernah Muda, Karena Kucinta Kau, Cinta Sejati dan Aku Wanita akan disuntik nafas baru, sama seperti dirinya yang sudah berubah dan mekar sebagai seorang artis dan individu. 


Peminat setia BCL berpeluang menyaksikan konsert yang mengisahkan perjalanan hidup BCL menerusi pelbagai rentak dan irama lagu-lagunya, sekali gus membuai emosi para penonton.

"Resorts World Singapura (RWS) sangat berbesar hati dapat memberikan BCL wadah global untuk bertemu dengan peminatnya menerusi persembahan fizikal. BCL yang digelar sebagai kesayangan Indonesia, bukan sahaja digemari di Indonesia, tetapi di merata rantau ini sepanjang dua dekad yang lalu, dan khusunya sewaktu pandemik di mana lagu-lagunya memberikan ketenangan kepada orang ramai. 

"Peminatnya akan melalui malam yang mangagumkan, menikmati persembahannya yang penuh dengan gaya berserta konsep yang segar di Ballroom Resorts World," kata Naib Presiden Kanan, Penjualan dan Pemasaran RWS, Edward Chew.

"RWS tempat hiburan yang menyediakan pelbagai tawaran di bawah satu bumbung dan menarik perhatian pengunjung dari seluruh pelosok dunia. Saya berasa sungguh ghairah dan tidak sabar untuk membuat persembahan di RWS," ujar BCL. 

Mulai hari ini (14 Jun) sehingga 20 Ogos 2022, penonton konsert boleh menikmati pakej tiga hari dua malam dengan dua tiket konsert dan sarapan setiap hari bagi dua orang bermula daripada S$409, tertakluk pada terma dan syarat. 

Tiket konsert berharga S$68, S$78, S$98, S$128 dan S$168, tidak termasuk yuran tempahan dan caj pengendalian. 

Tiket dan pakej konsert boleh ditempah melalui www.rwsentosa.com/BCLBlossomIntimateConcert dan https://rwsentosa.bigtix.io/.

Sumber : BERITA Mediacorp/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan