Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Buku seram Mr Midnight diadaptasi jadi siri Netflix pada 24 Oktober

Jika anda dibesarkan di Singapura pada lewat tahun 90-an dan awal tahun 2000, anda mungkin pernah membaca buku 'Mr Midnight', siri cereka seram yang terkenal, penuh dengan unsur-unsur mistik berlatarbelakangkan pengalaman di Asia.

Anggaran Waktu Membaca:
Buku seram Mr Midnight  diadaptasi jadi siri Netflix pada 24 Oktober

(Gambar: Instagram/mrmidnightseries)

Diterbitkan : 17 Oct 2022 09:45PM Dikemas Kini : 17 Oct 2022 10:46PM
SINGAPURA: Jika anda dibesarkan di Singapura pada lewat tahun 90-an dan awal tahun 2000, anda mungkin pernah membaca buku 'Mr Midnight', siri cereka seram yang terkenal, penuh dengan unsur-unsur mistik berlatarbelakangkan pengalaman di Asia.

Setakat ini, terdapat 128 buku dalam siri itu, termasuk 26 edisi khas.

Bermula 24 hari bulan ini, Mr Midnight diangkat ke layar televisyen apabila karya popular itu diadaptasi Netflix menjadi drama sepanjang 13 episod. Ia mengisahkan sekumpulan remaja yang cuba menyelesaikan kejadian-kejadian alam ghaib yang aneh dan seram di Tanah Merah.

Berjudul 'Mr Midnight: Beware The Monsters', siri tersebut dibintangi pelakon veteran Lim Yu-Beng dan Chen Yixin (anak perempuan Xiang Yun dan Edmund Chen), bersama pelakon Malaysia Idan Aedan, pelakon dan model Indonesia Adinia Wirasti, dan pelakon Australia Caleb Monk and Nikki Dekker.

Chen akan membawa watak Ling, salah satu daripada empat remaja yang menjadi detektif paranormal dan merakamkan pengembaraan mereka dalam blog dengan nama Mr Midnight.

Siri tersebut dihasilkan bersama syarikat penerbitan Singapura, Beach House Pictures dan akan mula disiarkan di Netflix pada 24 Oktober.
Sumber : CNA/AE/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan