Bukan tugas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia lindungi artis, kata aktivis kepada pengarah Erma Fatima
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Instagram / ermafatima, Nadi Mahasiswa Malaysia)
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tiada kuasa untuk menghalang individu daripada memuat naik catatan di media sosial, melainkan kandungan tersebut berunsur fitnah dan bersifat menghasut.
Aktivis Yuslaini Azmi berkata SKMM hanya akan mengambil tindakan ke atas kandungan media sosial yang mengganggu ketenteraman awam, dan bukan terhadap individu seperti netizen warga Singapura Sarah Yasmine yang memuat naik catatan dianggap sebagai isu "peribadi".
Cik Yuslaini menasihatkan pengarah terkenal Erma Fatima supaya jangan menunding jari kepada SKMM kerana "gagal mengambil tindakan terhadap Sarah", lapor New Straits Times.
"Kita tidak boleh membuat kesimpulan bahawa apa yang dikongsi Sarah di media sosial adalah fitnah atau sebaliknya. Mereka yang menganggapnya sebagai fitnah boleh memfailkan saman terhadapnya," kata Cik Yuslaini.
Cik Yuslaini menambah bahawa Erma tidak sepatutnya menggesa agar Sarah Yasmin "dihalang" daripada memasuki Malaysia, kerana ramai warga Singapura berada di negara itu untuk mencari rezeki.
"Saya faham ramai artis tidak berpuas hati dengan apa yang Sarah kongsikan di media sosial. Namun untuk mengelak kemunculan lebih ramai individu sedemikian, industri hiburan patut berhenti bekerja dengan artis-artis bermasalah."
Cik Yuslaini berkata bahawa Sarah Yasmine tidak melanggar undang-undang dengan catatan yang dikongsinya, melainkan terbukti perkara yang dikongsi diperolehi daripada perbuatan menggodam telefon.
Cik Yuslaini berkata, dalam kes Aliff Aziz dan Ruhainies Zainul Ilyas yang ditangkap khalwat pada 8 Mac lalu, isterinya Bella Astillah boleh membuat aduan polis mengikut Seksyen 36, 37 dan 38 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997.
Menurut laporan New Straits Times, tindakan boleh diambil terhadap Ruhainies serta pelakon Sophia Albarakbah, yang juga disebut sebagai salah seorang "pihak ketiga" Aliff.
Cik Yuslaini juga menggesa Persatuan Seniman Negara (Seniman) agar menyenarai hitam semua artis yang bermasalah, supaya industri hiburan bebas daripada individu sedemikian dan hanya mereka yang mempunyai imej yang bersih kekal dalam industri tersebut.
Pada Selasa (30 Apr), media Malaysia melaporkan Erma Fatimah sebagai berkata beliau ada mengirimkan emel kepada Menteri Komunikasi Malaysia, Fahmi Fadzil, untuk menyuruh pihak SKMM mengambil tindakan tegas dan menyelesaikan kontroversi tersebut yang sedang hangat melanda media sosial sejak beberapa hari kebelakangan ini.
"Mana SKMM? Apa yang kementerian buat untuk hentikan orang luar masuk dalam negara kita dan hancurkan industri hiburan. Itu yang membuatkan saya sangat marah," kata Erma kepada para wartawan, seperti dipetik mStar.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.