Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

BTS tersenarai dalam Dewan Kemasyhuran Rekod Dunia Guinness 2022

Kumpulan sensasi K-pop BTS telah tersenarai dalam Hall of Fame Rekod Dunia Guiness 2022 menerusi pencapaian 23 rekod muzik dan media sosial, lapor agensi berita Yonhap.

Anggaran Waktu Membaca:
BTS tersenarai dalam Dewan Kemasyhuran Rekod Dunia Guinness 2022

(Gambar: guinnessworldrecords.com)

Diterbitkan : 03 Sep 2021 11:18PM Dikemas Kini : 03 Sep 2021 11:19PM

SEOUL: Kumpulan sensasi K-pop BTS telah tersenarai dalam Hall of Fame Rekod Dunia Guiness 2022 menerusi pencapaian 23 rekod muzik dan media sosial, lapor agensi berita Yonhap.

"Pencapaian itu termasuk anugerah muzik Billboard, anugerah muzik Asia, dan banyak lagi, BTS telah mengumpul sebanyak 23 Rekod Dunia Guinness yang menakjubkan di pentas muzik dan media sosial – suatu pencapaian luar biasa berkat sokongan peminat mereka, ARMY, " menurut kenyataan pada laman web rasmi Guiness World Records pada Khamis (2 Sep).

"Kami mengalu-alukan BTS ke Rekod Dunia Guinness Hall of Fame," tambah kenyataan itu lagi.

Hall of Fame menyenaraikan mereka “paling ternama” memegang Rekod Dunia Guiness, menurut laman web itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan BTS tersenarai dalam "kumpulan paling banyak ‘distream’ di Spotify" dan "kumpulan muzik yang paling banyak pengikut di Instagram," serta merekodkan “paling banyak tiket konsert terjual secara dalam talian (streaming)” (756,000) ."

Sementara itu lagu mega hit "Butter" meraih lima pencapaian, termasuk “lagu paling banyak menerima tontonan tayangan perdana di YouTube", "track lagu paling banyak distream di Spotify dalam tempoh 24 jam pertama" serta "video muzik YouTube yang paling banyak ditonton dalam tempoh yang sama."

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan