Skip to main content

Hiburan

BTS lawat Rumah Putih, bertemu Presiden Joe Biden

Anggaran Waktu Membaca:

WASHINGTON: Kumpulan popular Korea Selatan, BTS, pada Selasa (31 Mei) mengadakan lawatan ke Rumah Putih dan bertemu Presiden Joe Biden.

Selain itu, BTS turut menyertai Setiausaha Akhbar Rumah Putih Karine Jean-Pierre dalam taklimat media harian sebelum bertemu presiden, lapor Agensi Berita Yonhap.

"Adalah satu penghormatan untuk dipelawa ke Rumah Putih hari ini bagi membincangkan pelbagai isu, antaranya berkaitan jenayah kebencian anti-Asia serta kesaksamaan dan kepelbagaian," kata ahli kumpulan itu, RM.

RM dan enam anggota kumpulan itu tiba di Washington pada awal minggu ini.

Rumah Putih memaklumkan BTS menjadi platform untuk "menyebarkan mesej positif ke seluruh dunia."

Kunjungan itu menerima sambutan meriah, dengan ratusan peminat BTS berkumpul di luar pekarangan Rumah Putih.

Akaun Twitter rasmi Biden turut memuat naik klip video mengenai pertemuan itu. 

Sumber : Bernama/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita