Britney Spears umum pertunangan dengan Sam Asghari
Bintang pop Britney Spears sudah bertunang dengan kekasihnya Sam Asghari, dedah penyanyi lagu Toxic itu di akaun Instagramnya pada Ahad (12 Sep).

Gambar fail Britney Spears bersama Sam Asghari pada 22 Jul 2019 (Gambar: REUTERS/Mario Anzuoni)
LOS ANGELES: Bintang pop Britney Spears sudah bertunang dengan kekasihnya Sam Asghari, dedah penyanyi lagu Toxic itu di akaun Instagramnya pada Ahad (12 Sep).
Spears, yang baru-baru ini mempertahankan haknya di mahkamah bagi mencabar bapanya yang menguruskan ehwal peribadi dan kedudukan kewangannya, memuat naik video dia berdiri di sebelah Asghari dan menunjukkan cincin di jari manisnya.
Asghari secara berasingan memuat naik gambar pasangan itu berciuman dengan Spears menunjuk-nunjuk cincin itu. Pengurus Asghari, Brandon Cohen, mengesahkan berita mengenai pertunangan itu dengan majalah People.
Spears, 39 tahun, sudah berkahwin dua kali sebelum ini. Beliau mengahwini kawan zaman kanak-kanaknya, Jason Alexander di Las Vegas pada 2004 tetapi perkahwinan itu dibatalkan beberapa hari kemudian. Pada tahun yang sama, beliau berkahwin dengan penari Kevin Federline, dan mereka dikurniakan dua cahaya mata, sebelum akhirnya bercerai pada 2007.
Asghari, 27 tahun, adalah seorang jurulatih peribadi dan pelakon yang muncul dalam siri Showtime, "Black Monday".
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.