Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Britney Spears patut hentikan buat persembahan: Pengurus

Pengurus Britney Spears sejak sekian lama melahirkan keprihatinannya terhadap kesihatan mental bintang itu pada Rabu sambil berkata, beliau percaya bahawa penyanyi pop itu patut tidak meneruskan siri persembahan yang dijadualkan di Las Vegas pada jangka terdekat "dan mungkin buat selama-lamanya." 

Anggaran Waktu Membaca:
Britney Spears patut hentikan buat persembahan: Pengurus

Gambar fail Britney Spears. (Reuters/Eduardo Munoz)

Diterbitkan : 16 May 2019 09:11AM Dikemas Kini : 16 May 2019 09:19AM

LOS ANGELES: Bekas pengurus Britney Spears menyuarakan keprihatinannya terhadap kesihatan mental bintang itu pada Rabu (15 Mei) sambil menambah, beliau percaya bahawa penyanyi pop itu tidak sepatutnya meneruskan siri persembahan yang dijadualkan di Las Vegas dalam masa terdekat ini "dan mungkin juga buat selama-lamanya."

Pada Januari, Spears menggantung rancangan untuk mengadakan siri persembahan di Las Vegas antara Februari hingga Ogos setelah bapanya mengalami penyakit teruk akibat kolon yang pecah.

Bulan lalu, Spears meluangkan masa di sebuah pusat kesihatan mental sambil berkata, beliau memerlukan "sedikit masa bersendirian".

Larry Rudolph dalam komennya kepada lelaman selebriti TMZ, Variety dan Entertainment Tonight, berkata, penyanyi lagu 'Stronger' itu sudah berbulan-bulan tidak menghubunginya.

Wakil-wakil lain Spears, 37 tahun, tidak segera menjawab pertanyaan media.

Bapa Britney, Jamie Spears, dialu-alukan kerana menghidupkan semula kerjaya anaknya ketika Britney hilang kawalan ke atas arah kehidupannya antara 2007 hingga 2008. Jamie masih bertindak sebagai pelindung dilantik mahkamah bagi ehwal pengurusan bisnes anak perempuannya.

Britney Spears menempah nama sebagai fenomena pop remaja pada 1999 melalui ‘single’ Baby One More Time dan kemudian lagu-lagu hit seperti 'Oops! ... I Did It Again'.

Beliau melancarkan semula kerjayanya dalam dunia hiburan pada lewat 2008 dengan album dan konsert jelajah mengelilingi dunia 'Circus'. Spears sudah membuat persembahan di Las Vegas sejak 2014.

"Pada musim panas lalu, apabila beliau ingin mengadakan konsert jelajah, beliau menelefon saya setiap hari. Beliau teruja," kata Rudolph kepada TMZ.

"Beliau belum menelefon saya sejak beberapa bulan kebelakangan ini ... Beliau jelas tidak mahu membuat persembahan buat masa ini."

Sumber : CNA/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan