Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Britney Spears kahwini Sam Asghari

Anggaran Waktu Membaca:
Britney Spears kahwini Sam Asghari

Britney Spears dan Sam Asghari (Gambar: Vivien Killilea/AFP)

CALIFORNIA: Bintang pop terkenal Britney Spears, 40 tahun berkahwin dengan pasangannya Sam Ashghari, 28 tahun dalam satu upacara tertutup di Selatan California beberapa bulan selepas bintang pop itu mendapatkan semula kebebasannya selepas dilepaskan daripada penjagaan bapanya (conservatorship) oleh mahkamah.

Menurut wakil Asghari, Brandon Cohen, yang mengesahkan perkahwinan pasangan tersebut: "Saya sangat gembira hari ini sudah tiba dan mereka sudah berkahwin. Saya tahu dia (Asghari) sudah lama mahukan ini. Dia seorang yang penyayang dan sentiasa menyokong."

Majlis perkahwinan itu dilangsungkan sembilan bulan selepas pasangan berkenaan bertunang dan hampir tujuh bulan selepas kes 'penjagaan' Spears berakhir. Sementara mencari huraian kepada kes tersebut, yang sudah mengawal banyak aspek kehidupannya, pelantun lagu 'Toxic' itu menzahirkan kemahuannya untuk berkahwin dengan Asghari dan memiliki cahaya mata.

Majalah People melaporkan, majlis yang dihadiri sekitar 60 tetamu itu turut dihadiri Paris Hilton, Drew Barrymore dan Madonna.

Spears hamil awal tahun ini namun mengalami keguguran pada Mac lalu.

Pasangan itu bertemu di set penggembaran video muzik berjudul 'Slumber Party' pada 2016.

Malangnya, tidak semua berjalan lancar pada hari istimewa pasangan tersebut.

Suami pertama Spears, Jason Alexander, diberkas selepas percubaan menceroboh majlis itu.

Polis bagi Daerah Ventura Kapten Cameron Henderson menyatakan para pegawai mendapat panggilan mengenai insiden pecah masuk selepas sekitar pukul 2.00 petang pada Khamis (9 Jun). Beliau berkata Alexander ditahan di tapak majlis.

Menurut Encik Henderson, Alexander diberkas selepas para pegawai mendapat tahu terdapat waran tangkap bagi Alexander di daerah lain.

Alexander kemudian membuat siaran langsung di Instagram apabila dia mendekati pengawal keselamatan majlis itu. Dia juga memberitahu bahawa dia menerima undangan daripada Spears sendiri.

"Dia adalah isteri pertama saya," kata Alexander yang pernah berkahwin dengan Spears yang merupakan kawan lamanya pada 2014. Perkahwinan mereka hanya bertahan selama 55 jam.

Spears kemudian berkahwin dengan penari, Kevin Federline dan mempunyai dua orang anak lelaki berusia 14 dan 15 tahun.

Mereka bercerai pada 2007.

Sumber : AP/sy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan