Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Brian Richmond ucap selamat tinggal kepada GOLD 905 selepas 51 tahun ke udara

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Personaliti radio veteran, Brian Richmond memaklumkan pada Ahad (6 Nov) bahawa beliau akan meninggalkan stesen radio GOLD 905 atas alasan peribadi, sekali gus menandakan berakhirnya kerjayanya selama 51 tahun sebagai penyampai radio.

Penyampai berusia 75 tahun itu berkongsi berita tersebut dalam rancangan kelolaannya GOLD 905 "The Vintage Showcase".

"51 tahun ke udara adalah satu perjalanan yang panjang. Namun, seperti apa yang biasa orang katakan, setiap permulaan pasti ada akhirnya. Sudah tiba masanya untuk saya undurkan diri dan saya rasa amat bersyukur bagi banyak pekara," kata Encik Richmond.

Beliau kemudian mengucapkan terimas kasih kepada bos, rakan sekerja serta para pendengar stesen radio berkenaan kerana menyokongnya sepanjang beliau bertugas. "Tanpa anda, rancangan ini mungkin tidak berjaya."

"Ia adalah keputusan yang sangat sukar buat saya namun saya pasrah. Terima kasih kerana telah bersama saya dan persahabatan anda.

Encik Richmond memulakan kerjayanya sebagai penyampai radio di Rediffusion pada 1971 dan kemudian menjadi hos pelbagai rancangan radio.

Beliau juga menjadi pengulas sukan, juruhebah rancangan hiburan, hos acara serta suara yang dikenali di televisyen.

Pada 2005, beliau diberi Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat di acara Anugerah Radio Singapura.

"Dari memainkan muzik popular tahun-tahun 1970-an kepada lagu-lagu klasik, Encik Brian Richmond meninggalkan kesan mendalam dalam kehidupan peminat dan pendengar radio," kata Erina Cook, Ketua Audio Mediacorp.

"Kami ingin mengucapkan terima kasih atas segala sumbangan beliau. Walaupun kami akan merinduinya, kami mendoakan yang terbaik buat beliau."
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan