Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

'Bohemian Parody' sebar mesej positif Islam

Siapa yang tidak kenal dengan lagu popular 'Bohemian Rhapsody' oleh kugiran legenda, Queen.

Anggaran Waktu Membaca:
'Bohemian Parody' sebar mesej positif Islam

'Bohemian Parody' oleh kumpulan Qasidah Queeniyah. (Gambar: YouTube)

Diterbitkan : 22 Dec 2018 02:56PM Dikemas Kini : 22 Dec 2018 03:02PM

JAKARTA: Siapa yang tidak kenal dengan lagu popular 'Bohemian Rhapsody' oleh kugiran legenda, Queen.

Sejak filem biopik 'Bohemian Rhapsody' ditayangkan di pawagam pada Oktober lalu, para peminat Queen mengimbau kembali saat-saat kegemilangan kugiran tersebut.

Malah, lagu hits sepanjang masa itu juga masih lagi popular di seluruh dunia, termasuk dalam kalangan sekumpulan pemuda dari Indonesia.

Kumpulan Qasidah Queeniyah, misalnya, menghasilkan parodi lagu tersebut yang berjudul 'Bohemian Parody' dengan liriknya ditulis oleh Irfan Wahid, yang juga dikenali sebagai Ipang Wahid.

Menurut laporan detik.com, idea di sebalik parodi itu tercetus akibat rasa gelisah mengenai keadaan umat Islam ketika ini yang sering bertelagah.

"Saya dan teman-teman khuatir dengan kondisi umat Islam. Yang terlalu frontal berhadap-hadapannya. Caci maki, menyalahkan, fitnah, ujaran kebencian," menurut Ipang kepada detik.com pada Khamis (20 Dis).

Video parodi selama seminit itu sudahpun ditonton lebih 260,500 kali sejak ia dimuatnaikkan ke laman YouTube.

Detik.com menukil Ipang sebagai berkata, beliau berharap lagu tersebut akan menjadi inspirasi kepada semua umat Islam.

Ipang menerangkan: "Kandungan video itu bukan dibuat untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi untuk mengingatkan umat Islam mengenai kedamaian dan bertolak-ansur serta menolak caci-maki apatah lagi memukul." 

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan