Bocey buat 'Comeback Live In SG' gabung dengan Dol's Podcast 30 Nov ini
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Buat julung-julung kalinya, kumpulan lawak Bocey dari Malaysia bakal beraksi dalam sebuah persembahan muzikal secara langsung di Singapura pada 30 November ini.
Persembahan muzikal 'Bocey Comeback Live In Singapore' bakal menyaksikan anggotanya Fad dan Achey menggegarkan pentas bersama lagi tiga rakan personaliti pelawak - Shuib, Shuk dan Mamat, yang kini sedang popular dengan podcast mereka Dol's Podcast.
Mengangkat sentimen persahabatan serta perjuangan “komedi itu menyatukan”, persembahan itu dianjurkan oleh syarikat Malaysia dan Singapura - Filloz Entertainment & LR Asia dengan kerjasama HMA Entertainment.
Penganjur dari Singapura, Shafrizal Sharif selaku pengarah syarikat Filloz International berkata para peminat di Singapura turut sama teruja dengan kemunculan semula Bocey di pentas.
"Kami yakin dan sangat teruja sejak idea ini dicetuskan. Melihat pada reaksi peminat, pementasan komedi ini bakal memberikan kepuasan luar biasa dari perspektif hiburan ringan yang bersesuaian ditonton oleh seisi keluarga dan berbilang bangsa. Ramai yang rindukan Bocey kembali beraksi di pentas bersama-sama dan kali terakhir mereka dilihat bersama
ketika arwah Abam masih ada, empat tahun yang lalu,” katanya, sambil merujuk kepada salah seorang anggota Bocey, Abam, yang meninggal dunia pada Februari 2020.
'Bocey Comeback Live In Singapore' adalah sebuah penganjuran mega memandangkan ia menyatukan dua kumpulan lawak terkenal di Malaysia dan bakal dipentaskan di Singapura.
“Bayangkan Bocey dengan energy (tenaga) komedi mereka yang sudah sinonim dalam kalangan peminat dan kini
digabungkan pula dengan Dol's Podcast yang sudah dikenali dengan lawak bersahaja. Kami berharap peminat Bocey dan Dol's Podcast di Singapura tidak melepaskan peluang ini untuk berhibur sepanjang 100 minit persembahan mereka,” kata Pengarah LR Asia selaku salah seorang penganjur bersama dari Malaysia, Liza Ramli.
'SHOWCAST' BOCEY
Menurut Cik Liza, 'Bocey Comeback Live In Singapore' ini seakan kesinambungan daripada kandungan Bocey Showcast - iaitu gabungan 'showcase' dan 'podcast' yang sudah didaftar milik. 'Showcast' tersebut disifatkan sebagai menghiburkan dan penuh jenaka ringan.
“Kebetulan Bocey sudah membangunkan showcast mereka sendiri dengan mengundang ramai selebriti terkenal dengan membincangkan pelbagai isu. Begitu juga Shuib, Shuk dan Mamat yang kini mendapat perhatian menerusi podcast mereka, Dol’s Podcast.
“Justeru cabang baharu yang cuba mereka semua usahakan ini boleh direalisasikan dalam cara berbeza dalam pendekatan lebih menarik di atas pentas nanti,” katanya yang juga merupakan penerbit eksekutif Bocey Comeback Showcast.
BOCEY KURANG RANCAK
Kumpulan Bocey yang ditubuhkan pada 2012 selepas menyertai rancangan realiti TV 'Bintang Mencari Bintang' terbitan TV3 kini diterajui oleh Muhammad Fadzlie Mohd Nizam, 33 tahun, atau lebih dikenali sebagai Fad Bocey serta Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah, 38 tahun.
Kumpulan itu pernah dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega pada 2016 dan 2017 sebelum Abam meninggal dunia pada 10 Februari 2020.
Bagaimanapun perjuangan Bocey tetap diteruskan oleh Fad dan Achey, namun aktiviti seni kumpulan yang pernah melancarkan album studio berjudul Perjalanan ini tidak serancak sebelum ini.
Kekangan masa dan komitmen kerja masing-masing juga faktor utama yang menyukarkan Fad dan Achey untuk beraksi bersama bagi program TV atau pertunjukan pentas.
Namun atas inisiatif bagi terus mempertahankan jenama Bocey, dua pelawak kelahiran Johor ini muncul dengan idea memperkenalkan sebuah program kandungan digital, yang disiarkan di saluran YouTube.
'COMEBACK LIVE IN SG' HADIAH BUAT PEMINAT KOTA SINGA
Adakah persembahan 'Bocey Comeback Live In Singapore' strategi bagi merancakkan kembali aktiviti seni Fad dan Achey?
Menurut Fad yang ketika ini sedang sibuk dengan persiapan menjelang pentas akhir program Muzikal Lawak Superstar (Musim 4) menerusi kumpulan Padie, 'Bocey Comeback Live In Singapore' adalah hadiah istimewa buat peminat yang menyokong Bocey sejak 12 tahun lalu khususnya di Kota Singa.
Kehadiran Dol’s Podcast untuk memeriahkan lagi 'Bocey Comeback Live In Singapore' merupakan satu kejutan yang manis bagi Fad dan Achey.
“Sudah tentu saya teruja dengan idea pihak penganjur untuk mengundang Shuib, Mamat dan Shuk bersama kami memandangkan keakraban kami sudah seperti keluarga sejak dahulu lagi. Malah apabila mereka (Dol’s Podcast) bersetuju, saya sangat bersyukur,” katanya.
'Bocey Comeback Live In Singapore' bakal berlangsung di Capitol Theatre, Singapura pada Sabtu, 30 November 2024 jam 8.00 malam.

Sumber : BERITA Mediacorp/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.