Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

BoBoiBoy Movie 2 pecah rekod filem pertama dalam masa 8 hari

Filem animasi terkini yang sedang hangat ditayangkan di pawagam merata Malaysia, BoBoiBoy Movie 2 (BBBM2), berjaya meraih sebanyak RM15.8 juta (S$5.24 juta) selepas lapan hari tayangan, menurut Astro Shaw pada Jumaat (16 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
BoBoiBoy Movie 2 pecah rekod filem pertama dalam masa 8 hari

(Gambar: Astro Shaw)

Diterbitkan : 17 Aug 2019 11:27PM Dikemas Kini : 17 Aug 2019 11:30PM

MALAYSIA: Filem animasi terkini yang sedang hangat ditayangkan di pawagam merata Malaysia, BoBoiBoy Movie 2 (BBBM2), berjaya meraih sebanyak RM15.8 juta (S$5.24 ))selepas lapan hari tayangan, menurut Astro Shaw pada Jumaat (16 Ogos).

Ini sekaligus bermakna filem tersebut sudah berjaya mengatasi kutipan pawagam yang dicatat filem BoBoiBoy pertama, yang meraih penjualan tiket RM15.8 juta dalam masa 56 hari.

"Syukur BBBM2 berjaya meraih kutipan mencecah RM15.8 juta selepas lapan hari tayangan.

"Kutipan ini sekali gus berjaya memecah rekod kutipan filem Boboiboy Movie yang pertama. Jutaan terima kasih kepada semua yang datang menonton di pawagam kerana memberi sokongan terhadap filem animasi tempatan," menurut catatan Astro Shaw di Instagram.

"Temui kami dan maskot #BBBM2 di lokasi-lokasi terpilih. Dapatkan tiket filem BoBoiBoy Movie 2 anda sekarang".

Kehangatan filem BBBM2 tidak terhad kepada Malaysia sahaja. Menurut Astro Awani, setakat Selasa, filem tersebut meraih kutipan sebanyak RM9.9 juta (S$3.3 juta) menerusi lima hari tayangan di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Dengan filem animasi ini masih terus ditayangkan di 145 pawagam di seluruh Malaysia, apakah jumlah penjualan tiket yang akan dicatatnya kelak? 

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan