Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Blue bakal buat persembahan di SG pada Feb

Anggaran Waktu Membaca:
Blue bakal buat persembahan di SG pada Feb

(Gambar: Facebook/Blue)

Diterbitkan : 02 Nov 2022 11:18PM Dikemas Kini : 02 Nov 2022 11:18PM
SINGAPURA: Satu lagi kugiran akan tiba ke Singapura untuk mengadakan konsert pada Februari 2023, selepas pengumuman kugiran Westlife dan Backstreet Boys.

Kugiran Blue asal Britain itu, dijangka mengadakan persembahan di The Theatre di Mediacorp pada 9 Februari. Ia adalah sebahagian daripada jelajah ulang tahun "Heart and Soul" yang ke-20.

Tiket-tiket akan dijual pada Jumaat (4 Nov) menerusi Sistic, dengan harga-harga tiket bermula daripada S$128.
Kugiran itu baru saja mengeluarkan album terbaru mereka, Heart And Soul pada 28 Oktober lalu, iaitu yang pertama sejak tujuh tahun lalu.

Blue dikenali menerusi beberapa lagu hit popular selama beberapa tahun ini, termasuk "All Rise", "The Best In Me", "If You Come Back", "One Love" dan "Guilty".

Kugiran itu, yang terdiri daripada Duncan James, Lee Ryan, Simon Webbe dan Antony Costa, kali terakhir membuat persembahan di Singapura pada 2019.

Dua kugiran yang lain, Backstreet Boys dan Westlife turut akan mengadakan konsert mereka pada Februari tahun depan.

Westlife sudahpun mengumumkan satu lagi tarikh baru bagi konsert mereka di Singapura disebabkan permintaan tinggi. Kugiran tersebut kini akan membuat persembahan pada 16, 17 dan 18 Februari.

Backstreet Boys pula bakal mengadakan konsert mereka pada 22 Februari.

Kedua-dua kumpulan itu akan beraksi di Stadium Tertutup Singapura.
Sumber : CNA/SS/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa