Blackpink umum tarikh tambahan untuk konsert SG pada Nov
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail: Emma McIntyre / GETTY IMAGES NORTH AMERICA / Getty Images menerusi AFP
SINGAPURA: Blackpink bakal tiba di Singapura lebih awal. Pada Jumaat pagi (19 Sep), penganjur konsert Live Nation Singapore mengumumkan bahawa kumpulan K-pop yang terdiri daripada Jisoo, Jennie, Rose dan Lisa, akan membuat satu persembahan tambahan pada Jumaat (28 Nov) untuk konsert Deadline mereka yang akan datang di Stadium Negara.
Ini bermakna Blinks, gelaran yang diberi kepada peminat kumpulan tersebut, boleh menonton Blackpink selama tiga hari di Singapura, termasuk tarikh-tarikh yang diumumkan sebelum ini pada 29 dan 30 Nov.
Dengan ini, Blackpink kini menjadi kumpulan perempuan K-pop pertama yang membuat persembahan tiga malam berturut-turut di Stadium Negara.

Akan ada dua sesi prajualan untuk pertunjukan Jumaat itu.
Yang pertama adalah untuk pemegang Weverse Blink Membership (Global) pada 24 September, berlangsung dari pukul 2.00 petang hingga 11.59 malam. Untuk menyertai ini, peminat perlu mendaftar sebagai ahli melalui platform peminat Weverse sebelum 21 September.
Cara yang kedua adalah untuk ahli Trip.com, yang akan berlangsung pada 25 September dari pukul 2.00 petang hingga 11.59 malam.
Jualan umum kemudian akan bermula pada 26 September.
Tiket untuk jelajah Deadline Blackpink di Singapore akan berharga antara S$168 dan S$428.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.