Black Panther menang besar di Anugerah SAG
Filem adiwira Black Panther memenangi anugerah utama di Screen Actors Guild Awards (SAG) - sekaligus mencerahkan peluangnya untuk memenangi Anugerah Oscar pada bulan depan.
Chadwick Boseman menerima anugerah utama bagi filem Black Panther di Anugerah SAG. (Gambar: Frederic J Brown/AFP)
LOS ANGELES: Filem adiwira Black Panther memenangi anugerah utama di Screen Actors Guild Awards (SAG) - sekaligus mencerahkan peluangnya untuk memenangi Anugerah Oscar pada bulan depan.
Filem Black Panther memenangi anugerah barisan pelakon terbaik, menewaskan calon filem muzikal A Star Is Born, BlacKkKlansman terbitan Spike Lee, filem biopik Bohemian Rhapsody dan Crazy Rich Asians.
Di majlis penganugerahan itu, Chadwick Boseman yang memainkan watak utama dalam filem pecah panggung di Amerika Utara pada 2018 menerangkan makna di sebalik filem berkenaan bersama dengan pelakon-pelakon filem tersebut, dengan hampir seluruh barisan pelakonnya berkulit hitam.
"Kami semua tahu apa yang kami rasakan setelah diberitahu bahawa ini bukan tempat untuk anda, namun anda masih muda, berbakat dan berkulit hitam," kata Boseman kepada para hadirin di Auditorium Shrine.
"Kami tahu kami memiliki sesuatu istimewa yang kami ingin kongsi bersama seluruh dunia - iaitu kami juga manusia biasa yang boleh memainkan watak-watak utama, dan kami juga boleh mewujudkan dunia yang mencerminkan nilai-nilai yang kami inginkan."
Filem Black Panther juga memenangi anugerah bagi barisan pelakon aksi nekad terbaik.
Anugerah SAG tahun ini diadakan pada tempoh yang penting menjelang Anugerah Akademi yang bakal diadakan pada bulan depan, sejurus selepas pencalonan bagi Anugerah Oscar dan sebelum pengundian bagi pemenangnya bermula.
LAPORAN BERKAITAN:
'Black Panther' filem 'superhero' pertama dicalonkan Anugerah Oscar
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.