Bintang YouTube Malaysia cipta rekod dunia bagi perhimpunan terbesar peserta berpakaian watak Uncle Roger
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Arif KARTONO / AFP)
KUALA LUMPUR: Bintang YouTube Malaysia Nigel Ng memecahkan Rekod Dunia Guinness pada Sabtu (14 Sep) bagi perhimpunan terbesar orang berpakaian seperti wataknya iaitu selaku pengkritik makanan Uncle Roger.
Memakai baju polo ikoniknya yang berwarna jingga, sekitar 388 orang membentuk sebahagian daripada rekod tersebut dengan menggayakan pakaian ala Uncle Roger.
"Rasanya hebat untuk mencipta rekod itu. Sangat sukar untuk mendapatkan begitu ramai orang berpakaian sedemikian dan masuk ke dalam satu bilik, jadi kami agak gementar pada mulanya.
"Adakah ramai orang akan mengambil bahagian? Sudahkah kita mempunyai cukup peserta? Adakah mereka akan mengambil bahagian dengan pakaian yang sesuai? Mujur, ramai orang datang untuk menjayakannya."
Orang ramai yang bergembira meraikannya turut melaungkan "Fuiyoh!"- ungkapan khas watak tular Ng yang secara berseloroh mengkritik kandungan online berkaitan makanan dan cef terkenal dunia seperti Gordon Ramsay.
Acara itu juga bagi merasmikan pembukaan restoran Ng di pusat beli-belah Pavilion di Kuala Lumpur.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.