Bintang veteran Bollywood Dharmendra meninggal dunia pada usia 89 tahun
Anggaran Waktu Membaca:
MUMBAI: Dharmendra, antara bintang filem paling berpengaruh dalam industri perfileman India yang menyerlah sepanjang kerjaya luar biasa selama 65 tahun melibatkan 300 filem daripada 'Satyakam' hingga 'Sholay', meninggal dunia pada Isnin (24 Nov), beberapa hari sebelum ulang tahun kelahirannya yang ke-90, lapor Press Trust of India (PTI).
Mayat pelakon yang disayangi ramai itu, yang sepanjang hidupnya sering menjadi tumpuan media, disemadikan di krematorium Pawan Hans di kawasan Ville Parle, Mumbai tanpa upacara besar-besaran.
Hingga ke akhir hayatnya dan bahkan selepas pemergiannya, keluarganya tidak membuat sebarang kenyataan mengenai kematiannya.
Dharmendra, yang sepatutnya menyambut ulang tahun ke-90 pada 8 Disember, dilaporkan sudah lama tidak sihat dan keluar masuk hospital.
Pada 12 November, sehari selepas beberapa agensi media melaporkan kematiannya dan keluarganya meminta privasi, Dharmendra dibenarkan keluar dan dibawa pulang ke rumahnya di Juhu, di mana beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Sumber : Bernama/Agensi berita/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.