Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Bintang Ultraman Jiro Dan meninggal dunia pada usia 74 tahun

Anggaran Waktu Membaca:
KYOTO: Pelakon Jepun yang membintangi siri popular 70-an 'The Return of Ultraman', Jiro Dan, meninggal dunia pada usia 74 tahun, lapor Yahoo News.

Beliau yang memainkan watak utama sebagai Hideki Go yang juga Ultraman Jack dalam siri tersebut, meninggal dunia pada Rabu (22 Mac) lalu pada 4.14 petang waktu tempatan akibat barah paru-paru.

Berita tentang pemergian Dan atau nama sebenarnya, Hideo Murata, didedahkan oleh pelakon Ryu Manatsu, yang terkenal dengan watak Gen Ohtori dalam Ultraman Leo menerusi laman Twitternya pada Jumaat (24 Mac).

Menurut agensinya, Alpha Agency, keadaan Dan dikatakan semakin teruk sejak akhir tahun lalu.

Upacara pengebumian Dan juga hanya akan dihadiri oleh saudara terdekat beliau.

Selain siri tersebut, Dan turut membuat penampilan dalam beberapa siri francais Ultraman, termasuk Super Sentai, di mana kemunculan terakhirnya ialah dalam siri Kishiryu Sentai Ryusoulger.
Sumber : Agensi berita/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan