Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Bintang TikTok Jeff Ng buat penampilan khas di Taman di Pesisiran pada Hari Kebangsaan S'pura

Anggaran Waktu Membaca:
Bintang TikTok Jeff Ng buat penampilan khas di Taman di Pesisiran pada Hari Kebangsaan S'pura

(Gambar: @jeffhellomusic/Instagram)

SINGAPURA: Jika anda berjaya mendapatkan tiket bagi Perkelahan di Pesisiran sempena Hari Kebangsaan, tahniah kerana ia sudah habis dijual. 

Anda bukan sahaja berpeluang menikmati pertunjukan bunga api Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP), tetapi anda juga akan dapat mendengar persembahan secara langsung daripada penyanyi Jeff Ng, ataupun JeffHelloMusic. 

"Jumpa anda nanti pada pukul 5.00 petang!" katanya menerusi Instagram Story beberapa jam lalu. 

Pihak penganjur acara tersebut, HomeTeamNS, mengumumkan tetamu-tetamu acara berkenaan pada Jumaat (5 Ogos), termasuk penari TikTok Uncle Raymond, setelah pendaftaran bagi acara tersebut sudah ditutup. 

Walaupun Ng tidak mendedahkan lagu-lagu apa yang akan dinyanyikannya di acara Hari Kebangsaan itu nanti, ramai yang berkata beliau sudah tentu akan menyanyi lagu Home. 

Beliau sebelum ini memuat naik rakaman nyanyian lagu tema NDP 1998 itu dan berkata: "Lirik lagu ini sangat bermakna dan dekat di hati saya. Selamat ulang tahun ke-57 Singapura!" 

Ng menjadi selebriti viral di TikTok apabila beliau mula membuat persembahan di luar The Cathay pada Jun lalu. Walaupun sudah bertahun-tahun lamanya bernyanyi di pelbagai bar dan restoran, Ng bermula dengan membuat persembahan di jalanan pada 2018 apabila diundang oleh Lembaga Pelancongan Singapura (STB) dan Persatuan Makanan Jalanan Chinatown. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan