Skip to main content

Hiburan

Bintang terkenal Hollywood, Robert Redford, tutup usia pada 89 tahun

Pelakon Robert Redford, bintang terkenal Hollywood yang kemudiannya menjadi pengarah, penerbit dan penyokong berpengaruh bagi filem-filem bebas melalui Sundance Institute, meninggal dunia pada Selasa (16 Sep) pada usia 89 tahun, lapor The New York Times yang memetik jurucakap pelakon tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Bintang terkenal Hollywood, Robert Redford, tutup usia pada 89 tahun

Pelakon dan pengarah Amerika Syarikat Robert Redford menghadiri edisi ke-18 Festival Filem Antarabangsa Marrakech pada 6 Disember 2019, di Marrakech. (Gambar: AFP/Fadel Senna)

NEW YORK: Pelakon Robert Redford, bintang terkenal Hollywood yang kemudiannya menjadi pengarah, penerbit dan penyokong berpengaruh bagi filem-filem bebas melalui Sundance Institute, meninggal dunia pada Selasa (16 Sep) pada usia 89 tahun, lapor The New York Times yang memetik jurucakap pelakon tersebut.

Sebagai seorang pelakon, beliau menempah nama menerusi filem-filem seperti Butch Cassidy and the Sundance Kid, All the President’s Men dan The Way We Were.

Beliau juga menunjukkan prestasi cemerlang sebagai seorang pengarah, dan berjaya meraih Oscar bagi filem Ordinary People pada 1980. Filem itu turut memenangi anugerah filem terbaik.

Redford memikat hati para penonton dengan peranan romantisnya seperti yang dimainkan dalam filem Out of Africa. Beliau juga pernah membawakan filem bertema politik menerusi The Candidate dan All the President's Men, dan mencabar imej “lelaki idaman” yang dikaitkan dengan dirinya dengan memainkan watak-watak yang kurang menyenangkan dalam The Electric Horseman dan Indecent Proposal.

Redford kemudiannya menggunakan jutaan dolar yang diperoleh untuk menubuhkan Sundance Institute and Festival pada tahun 1970-an, mempromosikan pembuatan filem bebas.

Beliau mengambil langkah tersebut lama sebelum karya berskala kecil dan unik menjadi arus perdana.

Redford tidak pernah memenangi sebarang anugerah Oscar bagi pelakon terbaik, tetapi percubaan pertamanya sebagai pengarah - bagi drama kekeluargaan Ordinary People pada 1980 - memenangi Oscar bagi filem dan pengarah terbaik.

Namun, beliau tetap paling dikenali menerusi dua filem awal yang dibintanginya bersama Paul Newman - filem koboi Butch Cassidy and the Sundance Kid (1969) dan The Sting (1973). Kedua-dua filem tersebut kini dianggap sebagai karya klasik.

Redford aktif dalam dunia perfileman sebagai seorang pelakon dan penerbit sehingga akhir hayatnya. Pada 2017, beliau kembali berganding dengan Jane Fonda dalam drama terbitan Netflix 'Our Souls at Night', sebuah kisah percintaan antara seorang balu dan duda.

Ketika itu, Redford berkata ia menjadi antara filem terakhir lakonannya danbeliau sedang merancang untuk memberi lebih tumpuan terhadap peranannya sebagai pengarah, di samping minat pertamanya – iaitu seni.
Sumber : Reuters/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita