Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Bintang Spider-Man Tom Holland padam akaun IG, Twitter demi kesihatan mental

Anggaran Waktu Membaca:
Bintang Spider-Man Tom Holland padam akaun IG, Twitter demi kesihatan mental

Bintang Spider-Man, Tom Holland, semasa tayangan perdana No Way Home pada 13 Dis 2021, di Los Angeles. (Gambar: Jordan Strauss/Invision/AP)

AMERIKA SYARIKAT: Pelakon filem "Spiderman: No Way Home", Tom Holland mengumumkan beliau akan berehat daripada semua platform media sosial untuk menumpukan perhatian kepada kesihatan mental dirinya.

Holland, yang menyepi daripada akaun-akaun media sosial miliknya sejak beberapa minggu kebelakangan ini, kembali seketika ke Instagram untuk mengumumkan demikian, menurut laporan CNN.

Beliau turut mengumumkan bahawa akaun Instagram dan Twitter sudah dipadamkan daripada peranti-peranti milliknya.

Menerusi video sepanjang tiga minit, pelakon berusia 26 tahun itu berkata aplikasi media sosial "menjejas" keadaan mental beliau.

"Saya berehat daripada media sosial demi kesihatan mental saya kerana saya dapati Instagram dan Twitter terlampau merangsang (minda), membuat saya dikuasai rasa gelisah," beliau memberitahu pengikutnya seramai 67.7 juta orang.

"Terdapat stigma yang mengerikan terhadap kesihatan mental dan saya tahu bahawa kita tidak perlu malu untuk meminta dan mencari bantuan," tambah pelakon itu, seperti yang dipetik CNN.

Di hujung video itu, Holland menyatakan beliau akan "menghilangkan diri dari Instagram sekali lagi" sambil mengucapkan terima kasih kepada para peminat atas sokongan padu mereka.
Sumber : CNN/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan