Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Bintang Pop Yeh Yeh, Zam Zam, meninggal dunia

Anggaran Waktu Membaca:
 Bintang Pop Yeh Yeh, Zam Zam, meninggal dunia

(Gambar ihsan: Facebook/Wadah Seni Entertainment)

SINGAPURA: Penyanyi pop yeh yeh era 1960-an Zam Zam Sahri, meninggal dunia malam tadi (24 Dis) pada usia 74 tahun.

Khabar tentang pemergian anggota kugiran The Twilites itu disahkan kepada BERITAmediacorp oleh anak saudaranya, Fir Ramlee.

Allahyarham Zam Zam Sahri, meninggal dunia di Hospital Tan Tock Seng, setelah dimasukkan ke hospital akibat jantung terhenti mendadak (cardiac arrest) ketika di rumahnya pada 8 Disember.

Sejak itu, beliau diletakkan dalam keadaan koma ("induced coma") di unit jagaan rapi (ICU) hospital tersebut.

"Setelah di ICU dan selesai jalankan rawatan perubatan, keadaannya kelihatan stabil dan beliau tidak lagi perlu bergantung pada mesin sokongan hidup," kata anak kedua Allahyarham, Nurazikin Zam Zam, 39 tahun, ketika dihubungi BERITAmediacorp.

Doktor kemudian memindahkan ayahnya ke wad biasa Sabtu lalu, tambahnya.

Bagaimanapun, bapanya kemudian mengalami jangkitan paru-paru dan keadaannya kembali merosot. Allahyarham tidak sedarkan diri selepas itu sepanjang berada di hospital sehingga menghembuskan nafasnya yang terakhir malam tadi.

Sepanjang hayatnya, Allahyarham Zam Zam terkenal dengan lagu-lagu dendangan beliau seperti Hampa, Bibir Mesra Jiwa Pasrah dan Gema Kasihmu.

Beliau meninggalkan seorang balu, tiga orang anak, dua menantu dan dua cucu.

BERITAmediacorp difahamkan bahawa jenazah Allahyarham Zam Zam akan dibawa dari rumahnya di Lor 4 Toa Payoh pada 10.00 pagi untuk dikebumikan di Pusara Abadi.

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan