Bintang K-POP Suga dari BTS diuji positif COVID-19 selepas pulang dari AS

Suga dari BTS memberi ucapan di Los Angeles pada 21 November 2021. (Gambar: Kevin Winter/Getty Images North America/AFP)
SEOUL: Penggubah lagu dan penyanyi kumpulan K-POP BTS, Suga atau nama betulnya, Min Yoon-gi, diuji positif COVID-19 sekembalinya dari konsert di Amerika Syarikat (AS) selama empat hari, kata syarikat pengurusan kumpulan itu Big Hit Music pada Jumaat (24 Dis).
Suga, 24 tahun, disahkan dijangkiti virus tersebut pada Jumaat semasa menjalani kuarantin di rumah, selepas pulang dari AS semalam (23 Dis).
Beliau sudah menerima suntikan kedua dos vaksin COVID-19 pada Ogos, tidak bergaul dengan anggota lain kumpulan itu dan juga tidak menunjukkan sebarang gejala, tambah syarikat itu lagi.
"Suga kini sedang memantau keadannya di rumah," dedah Big Hit dalam satu kenyataan.
"Keutamaan kami ialah memastikan kesihatan artis-artis yang kami urus, dan kami akan lakukan yang terbaik untuk menolong SUGA pulih dengan segera."
Kumpulan K-POP tersebut terlibat dalam "beberapa kegiatan peribadi di Amerika Syarikat" selepas mengadakan konsert secara fizikal di Los Angeles buat pertama kalinya sejak pandemik melanda.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.