Skip to main content

Hiburan

Bintang Ip Man Donnie Yen dedahkan pameran papar adegan ikonik filem

Bintang filem Ip Man, Donnie Yen, kini berada di Singapura untuk mempromosikan filem terakhir francais 'Ip Man 4: The Finale'.

Anggaran Waktu Membaca:
Bintang Ip Man Donnie Yen dedahkan pameran papar adegan ikonik filem

Donnie Yen di Hab Tampines Kita. (Gambar: Shaw Organisation)

Diterbitkan : 10 Dec 2019 03:09PM Dikemas Kini : 10 Dec 2019 03:15PM

SINGAPURA: Bintang filem Ip Man, Donnie Yen, kini berada di Singapura untuk mempromosikan filem terakhir francais 'Ip Man 4: The Finale'.

Yen membuat persinggahan pertama di Tampines di mana beliau mendedahkan Astaka Ip Man di Hab Tampines Kita (OTH) pada Isnin (9 Dis). Pelakon itu disambut oleh 5,000 peminat yang mengerumuni pelakon watak utama filem tersebut untuk bergambar dengannya. Yen hadir bersama isterinya, Cissy Wang.

Pameran tersebut, satu kolaborasi bersama antara Shaw Organisation dengan OTH, memaparkan sebuah set filem di mana para pengunjung berpeluang menyaksikan adegan-adegan ikonik daripada ketiga-tiga filem tersebut. Ini termasuk ruang tamu Ip Man dengan patung dan perabot kayu serta gambar-gambar watak tersebut dan keluarganya di tembok. Terdapat juga meja bulat besar yang dipaparkan dalam adegan latihan bertinju atau sparing klasik dalam Ip Man 2.

Astaka itu dibuka kepada orang ramai sehingga 6 Januari ini.

Acara tersebut juga dihadiri oleh Datuk Bandar Timur Laut, Desmond Choo, dan penasihat kepada pertubuhan akar umbi Tampines, Cheng Li Hui.

Mereka yang tidak terlepas peluang untuk menangkap sekilas pandang pelakon tersebut secara langsung boleh berbuat demikian pada malam ini (10 Dis).

Yen akan membuat penampilan pada 8.30 malam di Shaw Theatres Lido untuk tayangan perdana filem tersebut.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita