Bintang Hong Kong Andy Lau dianugerahi Ijazah Kehormat Doktor Persuratan
Anggaran Waktu Membaca:
Bintang Hong Kong Andy Lau dianugerahi Ijazah Kehormat Doktor Persuratan. (Gambar: Facebook/Hong Kong Baptist University)
HONG KONG: Bintang terkemuka Hong Kong, Andy Lau, 64 tahun, dianugerahi Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti Baptist Hong Kong (HKBU) atas pencapaian cemerlang beliau dalam bidang hiburan serta sumbangannya kepada masyarakat.
Pada Isnin (10 Ogos), Presiden merangkap Naib Canselor HKBU, Profesor Alexander Wai Ping-kong, memberikan penghormatan terhadap impak berterusan yang dibawakan oleh Lau.
"Dalam era kecerdasan buatan (AI) yang penuh dengan ketidakpastian ini, ada satu perkara yang pasti: AI tidak akan pernah dapat 'menjadi' Dr Lau," kata beliau.
"Ini kerana AI tidak boleh menggantikan sifat kemanusiaan, bakat, mahupun hubungan emosi yang telah beliau bina melalui seni dan dalam kalangan masyarakat Cina."
Selain kerjaya hiburannya yang gemilang, Lau sudah lama terlibat dalam kerja-kerja kebajikan dengan menyokong pelbagai usaha merangkumi bantuan bencana, pendidikan kanak-kanak, serta golongan kurang upaya.
"Lebih penting lagi, beliau seorang yang rendah diri dan komited untuk berbakti kepada masyarakat," kata Profesor Wai.
"Menerusi pelbagai inisiatif kebajikan dan Yayasan Kebajikan Andy Lau, beliau telah membantu golongan belia dan mereka yang kurang bernasib baik, sekali gus memberi dorongan serta harapan kepada mereka yang memerlukan."
Sejak memulakan penampilan sulungnya dalam industri hiburan pada tahun 1981, Lau sudah mengeluarkan lebih 100 album bahasa Kantonis dan Mandarin, dengan jualan melebihi 48 juta unit di seluruh dunia.
Beliau juga memenangi hampir 500 anugerah muzik, termasuk mencatat Rekod Dunia Guinness pada tahun 2000 bagi kategori anugerah terbanyak yang dimenangi oleh penyanyi lelaki Cantopop.
Di layar perak pula, Lau membintangi lebih 160 buah filem, selain merangkul anugerah Pelakon Lelaki Terbaik sebanyak tiga kali di Anugerah Filem Hong Kong dan dua kali di Anugerah Golden Horse.
Pada tahun 1991, beliau menubuhkan syarikat penerbitannya sendiri yang bertujuan membantu melatih dan menyokong generasi baharu pembuat filem serta bakat kreatif di Hong Kong.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.