Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Bintang filem 'Harry Potter' Tom Felton dibawa ke hospital di tengah acara golf

Pelakon siri filem Harry Potter,Tom Felton, diusung keluar dari padang golf Whistling Straits setelah dilaporkan mengalami masalah perubatan semasa satu acara selebriti sebelum Piala Ryder pada Khamis (23 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Bintang filem 'Harry Potter' Tom Felton dibawa ke hospital di tengah acara golf

Pelakon Tom Felton dibawa keluar padang atas masalah kesihatan semasa satu acara golf pada 23 Sep 2021 (Gambar: Andrew Redington/Getty Images/AFP)

Diterbitkan : 24 Sep 2021 12:25PM Dikemas Kini : 24 Sep 2021 12:29PM

KOHLER: Pelakon siri filem Harry Potter,Tom Felton, diusung keluar dari padang golf Whistling Straits setelah dilaporkan mengalami masalah perubatan semasa satu acara selebriti sebelum Piala Ryder pada Khamis (23 Sep).

Belum jelas lagi punca kejadian itu dan pihak penganjur pertandingan, PGA of America, menyatakan pelakon itu dibawa ke hospital namun tidak mempunyai maklumat lanjut tentang keadaannya.

"Semasa Perlawanan Selebriti Piala Ryder hari ini, pelakon dan pemuzik Tom Felton mengalami kejadian perubatan di lapangan semasa mengambil bahagian mewakili Eropah," menurut satu kenyataan PGA of America.

"Beliau dibawa ke hospital tempatan untuk rawatan. Tiada perincian lanjut diberi."

Warga Britain yang baru menyambut ulang tahunnya ke-34 pada Rabu, dalam keadaan sedar semasa dibawa keluar dari padang.

Seorang peminat golf, beliau bermain bersama pemain NHL dari Finland Teemu Selanne menentang dua juara Olimpik AS - pemenang pingat emas hoki ais 1980 Mike Eurzione dan peluncur laju Dan Jansen – dalam satu daripada tiga perlawanan 11-lubang yang membentuk perlawanan selebriti itu.

Felton menempa nama menjayakan watak Draco Malfoy dalam adaptasi filem daripada siri buku popular dengan judul yang sama itu.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan