Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Bintang Bollywood Amitabh Bachchan cedera ketika jalani penggambaran filem di India

Anggaran Waktu Membaca:
MUMBAI: Pelakon veteran Bollywood Amitabh Bachchan berkata beliau mengalami kecederaan semasa menjalani penggambaran filem di selatan India dan kini sedang berehat di rumah.

Bintang Bollywood berusia 80 tahun itu membuat catatan di blognya pada Ahad (5 Mac) malam bahawa beliau mengalami kecederaan pada tulang rusuknya ketika menjalani penggambaran di Hyderabad bagi filem cereka sains, Project K.

Filem itu sedang dibuat dalam bahasa Hindi serta Telugu dan dijadualkan bagi tayangan pada 2024.

Amitabh Bachchan menulis bahawa tulang rusuknya patah dan ototnya tergeliat.

Menurutnya, kecederaan itu "menyakitkan" dan beliau sudah berjumpa doktor sebelum pulang ke Mumbai di mana beliau dinasihatkan supaya berehat.

"Saya tidak dapat berjumpa dengan mereka yang ingin mengucapkan kata-kata semangat di Pintu Jalsa petang ini... jadi tidak perlulah datang," kata pelakon itu kepada para peminat yang sering berkumpul di luar rumahnya di Mumbai.

"Semuanya baik-baik sahaja," tulisnya.

Beliau berkata urusan kerjanya bagi filem itu digantung sehingga beliau pulih.

Amitabh Bachchan sudah berlakon dalam lebih 200 filem India. Namanya mula meningkat naik dalam persada seni bermula dari 1973 melalui filem 'Zanjeer', ataupun dikenali sebagai 'The Chain'.

Pelakon terkenal itu juga merupakan mantan ahli politik dan pengacara televisyen.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan