Bintang Bollywood Aamir Khan umum perceraian
Bintang Bollywood Aamir Khan mengumumkan pada Sabtu (3 Jul) bahawa beliau bercerai dengan isterinya, Kiran Rao seorang penerbit filem.

Gambar fail bintang Bollywood Aamir Khan dan isterinya ketika itu penerbit filem Kiran Rao pada 2019 (Gambar: REUTERS/Francis Mascarenhas)
MUMBAI: Bintang Bollywood Aamir Khan mengumumkan pada Sabtu (3 Jul) bahawa beliau bercerai dengan isterinya, Kiran Rao seorang penerbit filem.
Pasangan itu yang sudah 15 berumah tangga, mengeluarkan kenyataan bahawa mereka bersetuju untuk berpisah tetapi akan membesarkan anak mereka secara bersama dan masih bekerjasama bagi projek-projek tertentu.
"Sepanjang 15 tahun yang indah ini, kami telah berkongsi banyak pengalaman, gembira dan tawa, dan hubungan kami hanya akan bertambah dari segi rasa hormat, saling mempercayai dan cinta," kata mereka.
"Kini kami ingin memulakan lembaran baru dalam hidup kami - bukan lagi sebagai pasangan suami isteri, tetapi ibu bapa bersama dan keluarga kepada satu sama lain."
Khan dan Rao bertemu ketika menjalani penggambaran filem pada 2001 di mana Rao adalah penolong pengarah. Mereka berkahwin pada Disember 2005.
Pelakon berusia 56 tahun, yang filemnya mengenai gusti, Dangal, menjadikannya bintang India tersohor di China, telah bercerai dengan pelakon Reena Dutta pada 2002.
"Kami mula merancang untuk berpisah agak lama dan kini selesa untuk merasmikan rancangan ini, hidup secara terpisah namun berkongsi kehidupan seperti yang dilakukan oleh keluarga besar," kata Khan dan Rao.
"Kami tetap menjadi ibu bapa kepada putera kami Azad yang akan kami menjaga bersama. Kami juga akan terus bekerja sama dalam filem, Yayasan Paani dan projek-projek lain yang kami sukai."
Khan dan Rao, 47, mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan sahabat masing-masing "yang tanpa adanya mereka, kami tidak akan rasa begitu selamat dalam membuat keputusan besar ini".
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.