Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Bintang Black Panther Chadwick Boseman meninggal dunia pada usia 43 tahun

Pelakon Black Panther Chadwick Boseman meninggal dunia selepas empat tahun bertarung dengan barah usus, kata wakilnya kepada AP. Mendiang berusia 43 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Bintang Black Panther Chadwick Boseman meninggal dunia pada usia 43 tahun

(Gambar: AP)

Diterbitkan : 29 Aug 2020 11:28AM Dikemas Kini : 29 Aug 2020 11:30AM

LOS ANGELES: Pelakon Black Panther Chadwick Boseman meninggal dunia selepas empat tahun bertarung dengan barah usus, kata wakilnya kepada AP. Mendiang berusia 43 tahun.

Boseman meninggal dunia di rumahnya di kawasan Los Angeles dengan isteri dan keluarga berada di sisnya, menurut kakitangannya Nicki Fioravante kepada AP.

Boseman disahkan menghidap barah usus empat tahun lalu, menurut keluarganya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di akaun rasmi Twitter beliau.

"Dengan rasa penuh sedih kami mengesahkan Chadwick Boseman meninggal dunia," menurut kenyataan itu.

"Sebagai pejuang hebat, Chadwick tabah menghadapi kesemuanya, dan membawakan kepada anda banyak filem yang anda minati. Dari filem Marshall hingga Da 5 Bloods dan filem Ma Rainey's Black Bottom hasil karya August Wilson serta banyak lagi - semuanya dihasilkan semasa dan di tengah-tengah pelbagai pembedahan dan rawatan kemoterapi. Membawakan watak King T'Challa dalam filem Black Panther adalah satu penghormatan sepanjang kerjayanya."

Boseman memainkan watak ikon kulit hitam Jackie Robinson dan James Brown sebelum menempah nama sebagai pahlawan Black Panther dalam filem Marvel itu.

Boseman tidak berkongsi kepada umum mengenai diagnosisnya itu.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan