Skip to main content

Hiburan

Biduan 70an Halil Chik sudah tiada

Penyanyi terkenal era 1970-an yang mendendangkan lagu 'Lenggang Mak Limah', Halil Chik, meninggal dunia sekitar 7.00 pagi tadi (30 Jun). Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang akibat serangan angin ahmar.

Anggaran Waktu Membaca:
Biduan 70an Halil Chik sudah tiada

(Gambar: @persatuansenimanmalaysia2/Facebook, @esplanadesingapore/Instagram)

Diterbitkan : 30 Jun 2019 01:31PM Dikemas Kini : 30 Jun 2019 01:34PM

MALAYSIA: Penyanyi terkenal era 1970-an yang mendendangkan lagu 'Lenggang Mak Limah', Halil Chik, meninggal dunia sekitar 7.00 pagi tadi (30 Jun). Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang akibat serangan angin ahmar.

Beberapa agensi berita tempatan melaporkan berita duka itu dan ia turut disahkan oleh Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Encik Freddie Fernandez.

Menurut mStar, jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Bukit Antarabangsa dan akan dikebumikan selepas solat Zohor.

Bagaimanapun, seorang rakan baik Allahyarham, Encik Tommie Tumiran memberitahu Astro Awani, pengebumian mungkin akan ditangguhkan kepada selepas solat Asar.

"Saya terpaksa menangguhkan sebentar pengebumian, kerana menunggu adik-beradik arwah yang sedang bertolak dari Singapura, tetapi jika mereka sempat sampai awal, kami akan melaksanakannya segera," kata Encik Tommie.

Jenazah penyanyi yang juga terkenal dengan lagu 'Renungan Matamu' akan dikebumikan di kawasan Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Kuala Lumpur.

Allahyarham diserang angin ahmar pada 19 Jun lalu di rumahnya. Beliau dikatakan mengalami masalah darah tinggi yang teruk hingga menyebabkan strok pada bahagian kanan badan kerana pendarahan otak kiri, lapor mStar.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita