Skip to main content

Hiburan

Beto Kusyairy kemalangan motosikal

Anggaran Waktu Membaca:
Beto Kusyairy kemalangan motosikal

(Gambar: Facebook/Beto Kusyairy)

IPOH: Pelakon Beto Kusyairy, 43 tahun, mengalami kecederaan selepas terlibat kemalangan ketika mengikuti konvoi motosikal 'Solidarity Ride Free Palestine Wings Motor Gangs Society (WMGS) ASEAN' ke Masjid Negeri Perak di Ipoh pada Isnin (13 Nov).

Difahamkan kejadian tersebut berlaku berhampiran Ladang Bikam, Sungkai, yang turut melibatkan seorang lagi peserta konvoi berkenaan, lapor Sinar Harian.

Lagenda rock Malaysia, Awie, yang mengetuai konvoi tersebut mengesahkan kejadian tersebut tetapi enggan mengulas lanjut mengenainya.

"Insiden kemalangan itu tidak berapa serius. Ada dua orang terlibat," katanya ringkas kepada pemberita berhubung insiden tersebut.

Awie ditemui selepas program Solidarity Ride Free Palestine WMGS ASEAN ke Masjid Negeri Perak di Masjid Sultan Idris Shah II, di Ipoh pada Isnin.

Terdahulu, seramai lebih 300 peserta konvoi tiba di Masjid Negeri Perak kira-kira pukul 7.30 malam sempena program berkenaan, seperti dinukil laporan Sinar Harian.

Biarpun hujan sepanjang perjalanan, konvoi berkenaan tetap diteruskan melibatkan 11 kelab motosikal berkuasa tinggi yang lain.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita