Bersedia peminat Yu-Gi-Oh!, Kejohanan Dunia 2027 bakal berlangsung di SG
Anggaran Waktu Membaca:
Singapura akan menjadi tuan rumah Kejohanan Dunia Yu-Gi-Oh! 2027. (Gambar: Konami Digital Entertainment)
SINGAPURA: Peminat Yu-Gi-Oh!, bersedia!
Singapura akan menjadi tuan rumah Kejohanan Dunia Yu-Gi-Oh! pada 2027, yang menghimpunkan para pemain terbaik dari seluruh dunia untuk merebut gelaran juara dunia.
Pengumuman itu dibuat semasa majlis penutup kejohanan dunia 2026 yang berlangsung di Tokyo dari 28 hingga 30 Ogos.
Syarikat permainan video Jepun Konami Digital Entertainment kemudian mengesahkan Singapura sebagai bandar tuan rumah menerusi satu kenyataan media dalam bahasa Jepun.
Pengumuman itu turut disertakan visual rasmi yang memaparkan logo Yu-Gi-Oh! World Championship 2027 berlatarbelakangkan latar langit Singapura, termasuk Marina Bay Sands dan Muzium ArtScience.
DARIPADA MANGA KE PENTAS DUNIA
Berdasarkan manga ciptaan Kazuki Takahashi, Yu-Gi-Oh! berkembang menjadi francais berbilang media yang merangkumi siri anime, permainan video dan Yu-Gi-Oh! Trading Card Game.
Dalam permainan kad koleksi itu, para pemain bertarung menggunakan dek yang terdiri daripada kad Monster, Spell dan Trap.
Kejohanan Dunia Yu-Gi-Oh! merupakan pertandingan antarabangsa peringkat tertinggi bagi francais tersebut.
Ia menghimpunkan para pemain dari seluruh dunia untuk bersaing merebut gelaran juara dunia dalam beberapa permainan Yu-Gi-Oh!.
Kejohanan 2026 menampilkan empat kategori – Trading Card Game, format Speed Duel dan Rush Duel dalam Duel Links serta Master Duel.
Tarikh, tempat pertandingan, proses kelayakan serta aturan tiket atau akses awam bagi kejohanan 2027 belum diumumkan.
DUA KEJOHANAN DUNIA DI SG PADA 2027
Pengumuman itu dibuat tidak lama selepas Singapura turut disahkan sebagai tuan rumah Kejohanan Dunia Pokemon pada 2027.
Ini bermakna Singapura bakal menjadi tuan rumah dua acara permainan kompetitif antarabangsa utama daripada francais permainan Jepun pada tahun yang sama.

Sumber : CNA/FD/fd
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.