Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

"Berniagalah cara yang betul."- Siti Nurhaliza beri amaran peniaga guna iklan palsu untuk lariskan produk

Anggaran Waktu Membaca:
 "Berniagalah cara yang betul."- Siti Nurhaliza beri amaran  peniaga guna iklan palsu untuk lariskan produk

Gambar: Instagram/@ctdk

Diterbitkan : 18 Jun 2022 02:30PM Dikemas Kini : 18 Jun 2022 02:31PM
KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor Malaysia, Siti Nurhaliza tidak lagi berdiam diri malah terus memberi amaran kepada peniaga online supaya tidak menggunakan gambarnya untuk melariskan jualan.

Kata Siti Nurhaliza, beliau perlu bertegas kali ini kerana ia turut melibatkan gambar bersama suaminya, Mohd Khalid Jiwa, lapor Astro Gempak.

“Bila saya diam, makin rancak mereka menyebarkan perniagaan yang tak melibatkan saya atau suami. Gambar saya dan suami dipaparkan dalam iklan perniagaan serta testimoni juga.

“Saya dah banyak kali hadapi perkara ini, pesan saya, berniagalah cara yang betul. Jangan mengambil kesempatan ke atas orang lain,” kata beliau kepada Astro Gempak.

Pelantun lagu "Percayalah" itu berkongsi luah kemarahannya itu dalam satu catatan Instagram pada Jumaat (17 Jun).

Menerusi catatan sama, Siti memuat naik tangkap layar gambar beliau bersama suami yang disalah guna peniaga yang menjual produk rambut.

Pesan Siti lagi, semua peniaga harus jujur dalam perniagaan dan tidak sepatutnya menipu pelanggan dengan testimoni palsu, lapor Astro Gempak.

“Kepada anda yang ada membaca, membeli atau terlihat iklan-iklan sebegini, saya ingin menjelaskan bahawa saya dan suami tidak ada kena mengena dengan produk mereka.

“Berniagalah untuk mencari keberkatan dan bukan untuk melariskan produk dengan menggunakan iklan palsu.

“Saya harap kita sebagai pengguna akan lebih peka dengan iklan-iklan seumpama ini,” jelasnya lagi.
Sumber : Agensi berita/FA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa