BERITA+HTHT: ‘ ‘Janji’ hadiah istimewa Dayang Nurfaizah sempena 25 tahun dalam bidang seni
Anggaran Waktu Membaca:

Dayang Nurfaizah. (Gambar: Petikan skrin)
SINGAPURA: Namanya terus mekar dalam industri seni tempatan dan setiap karya baharunya sentiasa dinanti-nantikan.
Walaupun ramai bakat baharu hadir mewarnai pentas hiburan, penyanyi Dayang Nurfaizah kekal utuh di hati peminat yang mengagumi keunggulan bakat seninya.
Kini, sempena ulang tahun ke-25 penglibatannya dalam industri muzik, Dayang tampil dengan album baharu berjudul Janji yang merupakan satu hadiah penuh makna buat mereka yang setia bersamanya sejak kemunculan pertama.
“Sebenarnya apabila kita keluarkan album Janji, saya sendiri baru sedar — eh, ini rupanya tahun ke-25 saya dalam industri! Jadi saya anggap ini satu kebetulan,” kata Dayang dalam wawancara bersama Rosli A Razak untuk BERITA+ HTHT.

Menurut Dayang, setiap lagu dalam album tersebut dipilih dengan teliti untuk mencerminkan perjalanan seninya sejak kemunculan pertama menerusi album Hakikat Cinta.
“Dayang pilih betul-betul lagu dalam Janji sebab Dayang tahu, masih ramai peminat yang suka dengar lagu-lagu balada penuh emosi, macam masa awal-awal dulu. Tetapi dalam masa yang sama, Dayang kena juga ikut peredaran zaman. Kita kena faham citarasa pendengar muda sekarang. Apa yang mereka suka. Jadi album ini cuba seimbangkan kedua-duanya,” jelasnya.
Walaupun ramai penyanyi kini memilih untuk menerbitkan 'single', Dayang tetap berpegang kepada nilai sentimental menghasilkan sebuah album penuh.
“Dayang datang dari era kaset dan CD. Bagi Dayang, tidak ada album, rasanya macam tidak lengkap. Bukan sebab kena buat, tetapi untuk kepuasan diri sendiri. Dan yang paling penting, untuk peminat yang ikut Dayang dari dulu,” katanya sambil mengimbas bahawa proses menghasilkan album ini tertangguh seketika kerana fokus pada projek Belagu I and Belagu II.
Antara lagu yang menjadi tumpuan dalam Janji ialah single 'Lemah', yang telah mencuri perhatian ramai termasuk di TikTok, namun Dayang tidak menyangka akan muncul pelbagai teori di sebalik makna lagu tersebut.
“Lagu Lemah itu tajuknya sendiri boleh membawa pelbagai maksud. ‘Lemah’ bukan semestinya tentang kelemahan. Ia boleh jadi tentang kehilangan, kesedihan, atau kekuatan dalam kelembutan. Bila rakam video muzik pun, saya berfikir. Saya tidak pandai berlakon, jadi saya nak sampaikan emosi itu dengan jujur. Bila ada babak saya usap perut, ramai salah faham kata saya cerita tentang kehamilan. Tapi sebenarnya ia lebih simbolik — tentang kehilangan dan memori seseorang yang pernah ada dalam hidup kita,” katanya.
Dayang turut berkongsi, ada peminat datang berkongsi kisah mereka.
“Ada yang datang pada Dayang dan cakap lagu itu buat mereka teringatkan ibu yang telah pergi. Bagi Dayang, itu sangat menyentuh perasaan,” ujarnya penuh emosi.
Album 'Janji' turut memuatkan semula lagu Hakikat Cinta, single pertamanya yang pernah dilancarkan ketika baru berusia 17 tahun.
“Lagu ini banyak kenangan. Sebab itu Dayang ingin hadiahkan semula lagu ini dalam versi lebih matang. Dulu masa nyanyi umur 17, semua main lepas saja Sekarang saya sudah banyak belajar. Penyampaian pun berubah kerana semakin dewasa dan banyak pengalaman,” katanya.
Menyentuh soal kerjaya yang terus dapat bertahan, Dayang mengakui tiada rahsia besar.
Namun satu prinsip yang dipegangnya sejak mula ialah untuk tidak menjadi artis ‘one hit wonder’ atau yang popular dengan satu lagu sahaja.
“Lepas album pertama keluar, saya janji dengan diri sendiri — saya tidak mahu jadi penyanyi yang hanya ada satu lagu popular dan selepas itu hilang. Alhamdulillah, walaupun ada turun naik, Dayang rasa kerjaya Dayang masih konsisten. Tidak ada formula rahsia. Tapi apa yang penting, Dayang tahu siapa diri Dayang, dan siapa peminat Dayang,” katanya jujur.

Baginya, peranan pasukan pengurusan dan individu di sekeliling juga memainkan peranan besar.
“Alhamdulillah, saya dikelilingi oleh orang-orang yang betul. Daripada pihak pengurusan, sampai komposer dan kawan-kawan dalam industri. Kita kena ada sistem sokongan. Kalau tidak, kita mudah rasa hilang arah. Dayang bertuah sangat,” katanya.
Ketika ramai penyanyi muda kini mencipta lagu untuk tujuan tular di TikTok, Dayang mempunyai pandangan yang tersendiri.
“Bagi Dayang, semua orang ada niat masing-masing. Kalau dia buat lagu untuk viral, itu hak dia. Tapi Dayang dari dulu memang niat nak jadi penyanyi, bukan selebriti viral. Tapi kalau lagu Dayang viral, itu bonus. Kalau tak pun, tidak mengapa — asalkan peminat yang selama ini setia, masih bersama. Itu paling utama,” katanya tegas.
Ditanya impian yang masih belum tercapai, Dayang dengan senyuman berkata, “Dayang teringin nak rakam lagu Inggeris. Bukan album penuh, mungkin satu lagu dulu. Tapi belum jumpa lagu yang betul-betul sesuai dengan jiwa Dayang. Doakan ya?”
Mengenai peminatnya di Indonesia, Dayang tidak menolak kemungkinan untuk cuba menembusi pasaran negara jiran itu satu hari nanti.
“Ada yang kata Dayang ada peminat di Indonesia. Dayang sendiri belum pernah 'explore', tetapi siapa tahu, kalau ada rezeki, mungkin suatu hari nanti Dayang akan ke sana. Kita tengok nanti. InsyaAllah.”

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.