BERITA+ Rahimah Rahim: Harga sebuah kehidupan seni lebih 60 tahun
Lebih enam dekad sudah Rahimah Rahim mengabdikan diri dalam dunia seni.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih enam dekad sudah Rahimah Rahim mengabdikan diri dalam dunia seni.
Kini pada usia 70 tahun, penyanyi veteran yang mesra disapa ‘Kak Gerl’ kembali merakam lagu dan membuat persembahan — bukan semata-mata untuk dirinya, tetapi juga untuk memberi ruang kepada bakat lain berkongsi pentas dengannya.
BERITA+ HTHT (Hati ke Hati) menyelami perjalanan seni Rahimah, pengorbanannya sejak kecil dan pandangannya tentang generasi baharu dalam segmen Panggung Warna Vista, kolaborasi bersama stesen radio Warna.

“SAYA TAK PERLU BUKTIKAN APA-APA LAGI”
Tiket persembahan 'Hidup Ini' di Esplanade Recital Studio pada 20 Ogos habis dijual.
Namun Rahimah mengakui pada mulanya merasa keberatan menerima tawaran membuat persembahan itu.
RAHIMAH RAHIM: “Saya dah tolak. Saya tak nak. Sebab dengan usia saya ini, tenaga saya pun sudah tak macam dulu. Tapi mereka nak raikan usia saya 70 tahun.”
Bagi Rahimah, Esplanade Recital Studio dipilih kerana suasananya membolehkan beliau lebih dekat dengan penonton.
Lebih penting, pentas itu turut digunakannya untuk mengetengahkan rakan-rakan seni yang sudah lama tidak membuat persembahan, yakni Sherrie Aljunied yang dikenali menerusi lagu Çinta Waktu Hujan Turun dan Rozianah Baharudin yang pernah popular menerusi lagu Jinak-Jinak Merpati.
RAHIMAH RAHIM: “Saya buat kerana lebih untuk menampilkan kawan-kawan saya yang dah lama tak berkarya di pentas, di kaca TV. Mungkin sesuatu untuk mereka bawa balik sebagai kenangan. Itu Rahimah Rahim.”
'HIDUP INI’ SEAKAN CERITA KEHIDUPANNYA
Hidup Ini merupakan single pertama Rahimah sejak *Gelas-Gelas Cinta* pada 2017.
Lagu yang pada asalnya dalam bahasa Inggeris dan ciptaan Saifuddin Ali lapan tahun lalu itu begitu dekat di hatinya.
RAHIMAH RAHIM: “Seni katanya itu merangkumkan kehidupan seseorang. Kehidupan saya mungkin? ... Saya dapat rasa seni kata itu macam diri saya.”
Bagi lagu Si Manis 17 pula, Rahimah memilih untuk berkolaborasi dengan kumpulan The Pinholes - kumpulan anak muda yang menyanyikan lagu-lagu genre lama, 'Rock & Roll'.
Lagu Si Manis 17 mempunyai nilai sentimental kepada Rahimah kerana lagu asalnya dinyanyikan oleh Allahyarham Dato Ahmad Daud, bapa saudaranya yang juga guru nyanyiannya.
Namun kolaborasi bersama Pinholes mempunyai tujuan lebih besar.
RAHIMAH RAHIM: “Kita ambil anak-anak muda untuk kolaborasi. Jadi sesuatu yang berlainan, platformnya lebih kepada mereka, bukan untuk saya.”
Pada ketika beliau tidak lagi perlu membuktikan kedudukannya dalam industri, Rahimah memilih menggunakan platformnya untuk membantu orang lain.
IMPIAN MELIHAT ARTIS SINGAPURA KE PENTAS DUNIA
Selepas 60 tahun dalam dunia seni, Rahimah masih menyimpan harapan agar lebih ramai artis Singapura mampu menembusi pasaran antarabangsa.
Beliau teringat satu pengalaman di Nara, Jepun, apabila terdengar lagu penyanyi Singapura Sezairi Sezali dimainkan di sebuah kafe.
RAHIMAH RAHIM: “Anak saya kata, ‘Eh mama! Ini Sezairi punya lagu tau!’ Jadi saya rasa macam wow! Anda tahu bagaimana perasaannya kalau kita dengar lagu seseorang penyanyi dari negara kita sendiri sewaktu kita di luar negara?”
Menurut Rahimah, cabaran artis muda hari ini berbeza. Mereka bukan sahaja perlu mempunyai bakat, malah perlu tahu memasarkan diri atau mendapatkan pengurusan yang mampu membawa kerjaya mereka lebih jauh.
CABAR DIRI DEMI AMAL
Antara pengalaman paling mencabar dalam kerjayanya ialah menyanyikan sebuah lagu Mandarin klasik untuk rancangan amal di televisyen Mediacorp Saluran 8.
Rahimah hanya mempunyai sekitar dua minggu untuk menguasai lagu tersebut lalu mendapatkan bantuan seorang rakan yang juga penyanyi dan tutor bahasa Cina.
Usahanya membuahkan hasil apabila persembahan itu berjaya meraih bidaan amal tertinggi, sebanyak $10,000.
RAHIMAH RAHIM: “Alhamdulillah saya bersyukur sebab saya dapat menyanyikan lagu itu di depan Presiden dan juga di TV Mediacorp Saluran 8... Kepuasan sahaja yang kita dapat.”
DISIPLIN ‘KAK GERL’
Enam dekad dalam industri turut mengajar Rahimah bahawa menjadi artis bukan sekadar mempunyai suara yang baik atau perlu tampil bergaya.
Disiplin dan sikap terhadap orang lain, katanya, sama penting.
RAHIMAH RAHIM: “Kalau artis itu tak ada 'attitude' pun membosankan. Tapi sikap khas itu harus digunakan di tempat yang sesuai. Jangan ber-'attitude' sangatlah! Dan kita harus hormat kepada media sebab mereka juga menjalankan tugas untuk membangunkan seni kita.”

'SAYA TAK ADA KEHIDUPAN KANAK-KANAK’
Di sebalik perjalanan seni yang panjang, ada harga yang terpaksa dibayar.
Rahimah sudah berada di hadapan kamera sejak berusia enam tahun lagi. Ibunya ialah seniwati Mariam Baharom, manakala bapanya Rahim Hamid — dikenali sebagai ‘Nat King Cole Singapura’ — bekerja sebagai penyunting filem dan lagu di Cathay-Keris.
Sejak kecil, Rahimah sering mengikut ibu bapanya ke studio dan membesar dalam lingkungan seniman serta seniwati Melayu.
Apabila pengarah Hussein Haniff memerlukan pelakon kanak-kanak, Rahimah dan adiknya Rahman dipilih, walaupun mereka belum bersekolah mahupun tahu membaca.
RAHIMAH RAHIM: “Saya tak minat, tapi saya ikut sahaja. Saya macam burung kakak tua - ulangi sahaja skrip yang mereka ajar. Dan penceburan seni saya itu berlarutanlah — selepas satu filem, lagi satu filem.”
Apabila memasuki sekolah rendah, kehidupan Rahimah sudah jauh berbeza daripada kanak-kanak seusianya.
RAHIMAH RAHIM: “Saya tak ada kehidupan kanak-kanak. Ia setakat pergi sekolah-pergi kerja, pergi sekolah-pergi kerja sahaja. Saya tiada masa untuk bermain seperti kanak-kanak lain.”
Lebih 60 tahun kemudian, kanak-kanak yang membesar antara sekolah, studio dan pentas itu masih berkarya.
Bezanya, pada usia 70 tahun kini, penerima Pingat Budaya 2021, Rahimah Rahim, bukan lagi sekadar mahu berada di bawah sinaran lampu pentas — beliau mahu memastikan cahaya itu turut menyinari generasi pelapis.

Sumber : BERITA Mediacorp/RL/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.