Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

BERITA+: Penyanyi AS Lauv batal konsert di KL, Ella jadi mangsa godam, Aisyah Aziz berkolaborasi dengan Masdo

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 05 Aug 2023 10:56PM Dikemas Kini : 05 Aug 2023 11:12PM
BERITA Mediacorp: Segmen sulung BERITA+ Sabtu ini membawa sepintas khabar tentang artis dan konsert yang mengundang banyak reaksi di media sosial minggu ini.

1. PENYANYI AS LAUV BATAL KONSERT DI KL

Penyanyi Amerika, Lauv, membatalkan konsert 'sold out' di Kuala Lumpur yang seharusnya berlangsung bulan depan.
 
Penganjur sekadar berkata ini terpaksa dilakukan kerana "keadaan tidak dijangka”.

Namun, para peminat membuat spekulasi artis antarabangsa kian "takut dengan undang-undang dan rakyat Malaysia".


Kumpulan The 1975 dilarang tampil di Malaysia kerana vokalisnya menghina undang-undang berkaitan LGBT semasa berada di sana.

2. RATU ROCK M'SIA ELLA JADI MANGSA GODAM JELANG SIRI KONSERTNYA

Juga di Malaysia, 'Ratu Rock' Ella menjadi mangsa godam jelang siri konsertnya sempena 35 tahun dalam industri muzik.

Aduan polis sudah difailkan dan Ella kini mencabar si penggodam datang ke konsertnya.

Penyanyi berusia 57 tahun itu akan turut singgah ke Singapura pada 17 dan 18 Ogos dan tiket hampir habis ditempah.

3. KOLABORASI AISYAH AZIZ DAN KUGIRAN MASDO

Penyanyi tempatan pula, Aisyah Aziz, awal minggu ini berganding dengan kumpulan popular dari Malaysia, Kugiran Masdo, untuk menghiburkan peminat dalam satu acara santai percuma di Jakarta.

1,500 tiket Kugiran Masdo di Singapura 'habis disapu' dalam 10 minit pada tahun lalu.

Jadi bayangkan betapa beruntungnya pengunjung 'konsert' percuma ini.
 
Sumber : BERITA Mediacorp/AQ/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan