BERITA+ Pelakon, pengarah jayakan drama YouTube 'Ikhlas' secara sukarela untuk sampaikan mesej Ramadan
Sejak Januari lalu, pasukan penerbitan daripada Santai Production menghabiskan masa sehingga 12 jam sehari setiap hujung minggu bagi menjalankan penggambaran drama siri bertajuk 'Ikhlas'.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sejak Januari lalu, pasukan penerbitan daripada Santai Production menghabiskan masa sehingga 12 jam sehari setiap hujung minggu bagi menjalankan penggambaran drama siri bertajuk 'Ikhlas'.
Drama sepanjang empat episod itu mengetengahkan kisah-kisah manusia biasa yang diuji dengan kemiskinan, penyakit, pengkhianatan, dan kesunyian, namun tetap memilih untuk berbuat baik dengan ikhlas, tanpa mengharapkan balasan.
"Untuk drama 'Ikhlas' ini objektif utama kita adalah untuk memberi kembali kepada masyarakat. Maknanya kita memberi pengiktirafan kepada golongan Islam yang kurang bernasib baik dan yang dekat di hati kita," ujar penulis skrip, Nur Raihana Abdul Wahab.
EMPAT EPISOD SENTUH HATI, AJAK HARGAI IBU BAPA
Jelas Cik Raihana, proses kreatif 'Ikhlas' bermula daripada pemerhatian kehidupan sebenar dan refleksi peribadi.
"Saya membina watak yang manusiawi, dengan kelemahan dan emosi yang nyata, agar penonton dapat merasakannya. Setiap babak ditulis bukan sekadar untuk menggerakkan cerita tetapi untuk menyentuh hati penonton," jelasnya.
Ini bukan mudah dilakukan, memandangkan beliau bekerja sepenuh masa sebagai pegawai logistik.
"Ia bukan sesuatu yang mudah kerana memerlukan pengorbanan masa, tenaga dan emosi di samping komitmen peribadi dan kerja. Namun, saya percaya cerita ini mempunyai tujuan yang lebih besar dan saya melihatnya sebagai satu tanggungjawab serta peluang untuk memberi kesan kepada orang lain. Sokongan dan semangat pasukan Santai Production juga menjadi kekuatan kerana kami berkongsi niat yang sama untuk menghasilkan karya yang bermakna," kongsinya kepada wartawan Roslinda Rahmat.
Tambah Cik Raihana, semua ini sanggup dilakukannya memandangkan mesej terpenting dalam 'Ikhlas' cukup bermakna baginya.
"Untuk mengingatkan kita supaya menghargai insan tersayang, khususnya ibu bapa, sementara mereka masih ada. Kisah ini ditujukan kepada anak-anak yang sering terlupa akibat kesibukan hidup kerana dalam realiti, penyesalan selalunya datang terlambat. Bagi saya, jika cerita ini mampu membuat seseorang lebih menghargai atau menghubungi ibu bapanya, itu sudah sangat bermakna," ujarnya.
PELAKON BUKAN PROFESIONAL JAYAKAN KARYA BERMAKNA
Drama ini juga dijayakan oleh para pelakon sukarela dan rata-rata mereka bukan pelakon profesional seperti Muhammad Said Yaacob.

"Saya mainkan watak anak derhaka pada episod yang keempat. Pengalamannya agak sukar kerana bila kita nak menjalankan watak anak derhaka ini, walaupun nampak macam senang tapi susah pasal dia ikut hati masing-masing," kongsinya.
Encik Said berharap dapat membina keyakinan dan mengasah kemahiran berlakon melalui 'Ikhlas' dan agar lakonannya dapat menyentuh hati penonton dan menyampaikan mesej tentang kasih sayang serta penghargaan kepada ibu bapa.
Begitu juga dengan Masli Ahmad Basri atau lebih dikenali sebagai Mas Ikhwan yang juga merupakan pengarah siri drama ini.
"Cabaran utama ialah konsistensi emosi. Saya tidak mengarahkan mereka untuk “berlakon”, tetapi untuk memahami watak. Saya banyak berbual dengan pelakon tentang latar belakang watak dan supaya mereka kaitkan dengan pengalaman hidup mereka sendiri. Bila mereka faham sebab sesuatu emosi itu wujud, lakonan mereka menjadi lebih jujur. Kejujuran itu yang saya utamakan," kata Mas Ikhwan.
Keupayaan Mas Ikhwan terbukti apabila karya pertamanya berjudul 'Kain Buruk ke Syurga', yang juga menampilkan para pelakon bukan profesional, memenangi pertandingan Filem Pendek Antarabangsa anjuran GKR International.
"Kami fokus pada kekuatan skrip, emosi yang tulen dan visual yang kemas walaupun bajet kecil. Saya percaya penonton dan juri lebih melihat pada impak cerita, bukan pada saiz produksi. Cerita yang jujur selalunya lebih kuat daripada produksi yang besar tetapi kosong," kata Mas Ikhwan.
'IKHLAS' SERU PENONTON MUHASABAH SEPANJANG RAMADAN
Drama siri ini ditayangkan di YouTube dan episod baharu akan dimuatnaikkan ke platform itu setiap Jumaat pada bulan Ramadan ini.
"Harapan saya kepada penonton-penonton yang akan menonton empat episod drama siri 'Ikhlas' ini adalah tentang refleksi dan juga muhasabah diri pasal Ramadan ini. Saya harap ia menjadi ruang refleksi kerana Ramadan ialah bulan memperhalusi hati. Kalau drama ini boleh buat penonton berhenti seketika dan berfikir tentang keluarga, pengorbanan dan keikhlasan - itu sudah cukup bermakna," luah Encik Mas Ikhwan.
Satu-satunya pelakon mapan yang menjayakan drama 'Ikhlas' juga ikhlas memberi, walau tanpa apa-apa bayaran ialah Zaliha Hamid.
"Mak Liha bukan profesional. Masih belajar lagi melalui televisyen-televisyen yang drama-drama lain. Drama India ke, drama Cina ke, pasal nak ambil pengalaman yang baharu. Pasal memandangkan kita sudah tua, mungkin kita lupa apa yang kita buat yang dah sudah. Mak Liha dari dulu, kecil, memang suka berlakon. Sehinggakan arwah P. Ramlee memang ada buka penerbitan rumah Mak Liha pun, bererti Mak Liha ini ada jiwa seni. Jadi bila kita ini sudah ada jiwa seni, kita tak kira bayaran. Asal kita suka mempersembahkan lakonan kita. Jadi saya ikhlas," kata Cik Zaliha.

Dengan semangat itulah, 'Ikhlas' diterbitkan - bukan sekadar sebagai karya Ramadan yang dibiayai sendiri tetapi sebagai cerminan bahawa kebaikan tidak memerlukan pentas besar atau imbuhan lumayan.
Sumber : BERITA Mediacorp/RL/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.