BERITA+: Kisah Perjuangan & ketabahan dalam 2 program khas Suria sempena Aidiladha
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sempena Hari Raya Aidiladha, dua rancangan istimewa di Suria mengetengahkan tema pengorbanan dalam bentuk yang menyentuh hati.
Rayakustika, yang ditayangkan selepas BERITA, mengajak penonton menghayati erti pengorbanan melalui persembahan akustik dan kisah peribadi artis undangan.
Telefilem Kapal Haji yang menyusul pula memaparkan kisah jemaah haji terdahulu yang mempertaruhkan nyawa meredah samudera demi menunaikan rukun Islam kelima.
KAPAL HAJI - KISAH USTAZAH MUDA BAWA JEMAAH HAJI PADA TAHUN 1950-AN
Pekan Lubok China di Melaka menjadi latar belakang bagi menggambarkan suasana Singapura pada era 1950-an dalam telefilem khas berjudul Kapal Haji.
Telefilem selama satu setengah jam itu mengisahkan tekad seorang ustazah muda yang gigih memimpin sekumpulan jemaah kampung menunaikan ibadah haji, meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran.
Ia menampilkan empat pelakon Malaysia — Roy Azman, Azhar Amir, Marissa Yasmin dan Syafiq Dharma, anak kepada pelakon filem Adik Manja, Dharma Harun Al-Rashid.
"Ustazah yang agak muda, 30-an tahun, yang berhasrat untuk membawa jemaah untuk ke haji, pada tahun 1950-an. Jadi kita ada buat kajian, ada wawancara dengan orang-orang yang pernah pergi haji menaiki kapal laut, dengan penerbit buku, dengan sheikh-sheikh haji lama, anak-anak mereka ke apa untuk dapat banyak lagi gambaran yang agak tepat tentang keadaan di dalam kapal haji dan juga perkara-perkara yang di sekelilingnya," kata Pengarah, Telefilem ‘Kapal Haji’, Shaiful Reezal Tajri kepada wartawan Roslinda Rahmat.

Tambah beliau, kisah itu memberi ruang kepada penonton untuk menghargai pengorbanan generasi terdahulu yang menempuh perjalanan jauh demi ibadah.
"Matlamat Kapal Haji adalah untuk menonjolkan kisah pengorbanan orang-orang lama. Kita sekarang nak pergi haji, memang kita dengar cerita harganya mahal, habis beratur panjang tunggu giliran semua. Tapi pada era itu, bila mereka pergi haji, mereka sebenarnya tengah macam bertarung nyawa, pasal perjalanan dalam kapal itu pergi-balik dengan buat haji sendiri, ia makan masa selama tiga bulan. Dalam kapal itu pula bukan macam kapal sekarang, ada hawa dingin, ada apa. Dulu macam 50 orang, 60 orang dalam satu bilik kecil. Fasal kalau nak murah, memang begitulah dahulu."
Watak Ustazah Aisyah dihidupkan Elfaeza Ul-Haq, yang kembali ke dunia lakonan selepas enam tahun menyepi.
Bagi mempersiapkan diri untuk watak tersebut, Elfaeza menjalankan kajian mendalam tentang masyarakat era 1950-an.
"Islam pada zaman itu tidak sama dengan sekarang. Kalau kita lihat bahan-bahan visual lama, saya ada lihat untuk buat kajian, dahulu orang turun kapal pakai baju dedah bahu, ketat-ketat, tidak pakai tudung kan? Tetapi ia kini sangat berbeza. Jadi untuk memainkan watak dalam cerita ini, saya rasa sangat seronok fasal saya dapat memahami keadaan orang-orang zaman 1950-an," kongsi Elfaeza kepada Roslinda.

Beliau menambah, watak Ustazah Aisyah bukan sekadar kisah perjalanan ke Tanah Suci, tetapi juga lambang ketabahan dan keberanian wanita kampung ketika itu.
"Sebenarnya cerita ini diilhamkan daripada kisah benar. Saya dengar memang pada zaman itu sebagai seorang wanita, seorang ustazah, untuk membawa jemaah haji, lagi-lagi dia muda dan daripada kampung, memang wanita-wanita pada zaman tu menghadapi tentangan. Ia mengenai pemerkasaan wanita. Jadi Ustazah Aisyah itu seorang wanita yang memberanikan diri dan menempuhi segala rintangan, halangan daripada masyarakat zaman itu, dan kena keras kepala tetapi tetap wanita yang berlemah lembut. Jadi siapa yang saya rujuk adalah Saidatuna Aisyah. Macam mana kerana beliau muda, orang-orang tidak mahu mendengar kata-katanya dan sebagainya. Tetapi beliau kuatkan diri dan buat apa yang beliau rasa patut dan mengikut hati."
Namun, sejauh mana ketepatan paparan sejarahnya dan apa pula cabaran di sebalik tabir produksi?
Shaiful menjelaskan bahawa cabaran paling besar adalah untuk mendapatkan lokasi bersesuaian bagi mencipta semula suasana era 1950-an.
"Cabaran terbesar untuk menghidupkan kembali situasi di dalam kapal ataupun di era 1950-an adalah lokasi. Kita di Singapura ini memang sudah tidak ada kampung pun, jadi kita perlu kena cari sahabat-sahabat kita yang ada di seberang tambak untuk membantu kita dalam lokasi penggambaran," katanya.
Tambahnya, Elfaeza yang kini sudah berhijab turut menjadi pertimbangan produksi.
"Sebanyak mungkin kita kena hormati auratnya. Kerana beliau ingin menutup auratnya dengan sempurna, jadi kita cuba cari jalan tengah untuk bagaimana menunjukkan pemakaian yang tepat dipakai pada 1950-an," kongsi Encik Shaiful yang juga merakamkan sendiri antara babak-babak dalam 'Kapal Haji'."
Mencipta kembali suasana dalam kapal haji menjadi satu lagi cabaran besar.
"Memang susah nak dapat kapal untuk filem, lagi-lagi kapal lama. Memang saya rasa sudah tidak ada pun kapal lama, jadi kita pakai teknik paparan komputer (CGI). Kita cuba sedaya upaya untuk menunjukkan bagaimana rupa kapal itu, berapa ramai orang dalam kapal itu. Jadi penonton boleh bayangkan betapa mencabarnya untuk mereka menunaikan haji dalam tahun 1950-an.
"Lagi satu, kita juga ada buat pembinaan latar - di mana kita membina perut kapal itu, tempat tidurnya, katilnya semua. Itu untuk menunjukkan macam dalam bilik yang kecil itu mungkin ada dalam 50 orang, 60 orang. Dan dalam bilik kecil itu jugalah tempat yang mana para asatizah dahulu menjalankan kelas bimbingan haji untuk jemaah-jemaah mereka. Fasal, perjalanan lama, dalam satu bulan, jadi banyak masa yang mereka boleh habiskan," jelas Encik Shaiful.
Pihak produksi turut cuba memaparkan suasana sebenar yang dialami jemaah.
"Apabila kami berbual dengan para pencetak buku atau orang-orang yang pernah pergi haji menaiki kapal, selalunya perkataan pertama yang mereka kata adalah bila kawan mereka meninggal dunia di atas kapal. Jadi kita pun nak menunjukkan penonton bagaimana jenazah itu dikebumikan di laut. Dan juga mungkin kerana ruang dalam perut kapal itu kecil, jadi banyak penyakit yang cepat merebak."
SISI GELAP PENIPUAN HAJI
Selain kisah pengorbanan dan ketabahan, telefilem itu juga menyentuh kisah penipuan yang berlaku sejak dahulu. Isu yang masih berlaku pada hari ini.
Jelas Encik Shaiful, "Watak Inspektor Jumaat yang dimainkan oleh Fadhlur Rahman - jalan ceritanya adalah, beliau sedang siasat tentang kes penipuan Tabung Haji. Jadi bukan sahaja sekarang ada penipuan, dahulu pun sudah ada penipuan itu semua. Dalam tahun 1963, kerajaan dahulu ingin memulakan Tabung Haji. Jadi ramai penipu yang mulakan Tabung Haji mereka sendiri - mengambil duit daripada orang-orang kampung. Tetapi akhirnya para mangsa itu semua tidak dapat pergi haji. Jadi jalan cerita yang Inspektor Jumaat ini tengah siasat adalah dia ingin dapat tahu siapa kepala dalang Tabung Haji yang berada di dalam Kampung Raden, Kampung Ustazah Aisyah.

RAYAKUSTIKA AJAK PENONTON RENUNG ERTI PENGORBANAN
Satu lagi program khas Aidiladha, Rayakustika 2025, mengangkat tema nostalgia, disampaikan melalui persembahan muzik akustik yang menyentuh jiwa, berinspirasi semangat hijrah dan perubahan diri.
Penggambarannya berlangsung di Lion Studios, studio rakaman bersejarah yang pernah melahirkan ramai ikon muzik Melayu dan antarabangsa.
Menurut penerbit Wan Firzaleenazrah Wan Ahmad, Rayakustika kali ini membawa pengertian mendalam tentang Hari Raya Haji melalui kisah peribadi artis undangan seperti Adi Putra, Sanisah Huri, Sezairi Sezali, Rahila Rashun dan Amni Musfirah.

"Mereka menyentuh tentang perjalanan hidup, tentang pengorbanan, tentang kasih sayang tanpa batas. Banyak yang mungkin penonton kurang tahu tentang kisah hidup mereka, akan dikongsi dalam Rayakustika. Dan kami mengharap bahawa para penonton akan menikmati persembahan mereka yang merupakan perkongsian peribadi, dari hati ke hati," kata beliau.
Pelakon kelahiran Singapura yang kini aktif di Malaysia, Adi Putra, tampil sebagai hos dan turut menyanyi, sesuatu yang jarang disaksikan.
"Peranan saya berkongsi pengalaman saya. Hakikatnya saya bukan seorang penyanyi, malah lebih orang kenal sebagai seorang pelakon. Cuma dalam bidang nyanyian ini adalah mungkin minat daripada awal. Tapi yalah, orang kata dalam dunia lakonan mahupun nyanyian, kedua-duanya tetap di bawah satu kesenian."
Bagi Adi, peluang berbual dan berkolaborasi dengan legenda seperti Sanisah Huri sangat bermakna.
"Siapa yang tidak kenal dengan seorang legenda yang bernama Sanisah Huri? Memang idola daripada kecil, yang banyak mendendangkan lagu-lagu perayaan. Jadi ia satu penghormatan bagi saya sebenarnya", ujar Adi Putra.

Sanisah pula berkongsi rahsia kekal relevan.
"Saya dapat berbual dengan Adi Putra dan dapat menerangkan kepadanya bagaimana lagu-lagu Hari Raya yang lama memang banyak yang malar segar seperti oleh penyanyi Saloma, P. Ramlee, Ahmad Jais, Rafeah Buang juga dan saya sendiri juga. Bertahan lama kerana lagu-lagunya mudah, senikatanya mudah, jadi senang didengar dan senang dinyanyikan," kongsi biduanita Sanisah Huri.
Rayakustika 2025 sarat emosi – suka, duka, tangis dan tawa – Rayakustika 2025
Ia mengajak penonton merenungi erti sebenar pengorbanan, dihidupkan dengan alunan muzik akustik secara langsung, khas sempena Aidiladha.

Sumber : BERITA Mediacorp
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.