BERITA+ HTHT: "Siapa Sangka Siapa Menduga" Liza Hanim terus mekar dalam dunia hiburan setelah lama menyepi
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: 'Gelisah Mimpi' dan 'Getaran Cinta di Jiwa' adalah antara lagu yang melonjakkan nama Liza Hanim dalam dunia seni hiburan di Malaysia.
Namun, populariti yang dikecapi diketepikan seketika demi membesarkan anak-anaknya.
Bukan sebentar, tetapi selama tujuh tahun.
Liza yang berada di Singapura untuk rakaman Sinar Lebaran Mediacorp Suria berkongsi tentang semangat baharu setelah kembali aktif serta hala tuju kerjaya sebagai seorang penghibur bersama wartawan Syawal Yusoff dalam BERITA+ HTHT.
UTAMAKAN KELUARGA DAN SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF
SYAWAL: "Sebelum adanya Aina Abdul; Liza Hanim sudah pun mewarnai dunia hiburan dengan genre Pop, R&B dan lagu yang bernada tinggi. Adakah ini membuat anda lebih menonjol pada ketika itu?"
LIZA HANIM: "Tahunnya 1997, pada ketika itu, lagu-lagu nyanyian balada, lagu-lagu yang merintih-rintih, lagu-lagu yang memang orang kata JK, ‘Jiwa Kacau’ ini, adalah lagu yang memang mendapat tempat di hati peminat ya. Dan apabila kita menyanyikan lagu-lagu ini, kita luahkan perasaan, dia akan, secara semulajadi ada lontaran suara yang tinggi, ada nada-nada tinggi.

"Sampai sekarang saya dapat lagu-lagu begitu dan saya rasa itu adalah satu testimoni sebenarnya, yang saya anggap satu penghormatan. Membuatkan saya sentiasa bekerja keras sebab hendak menyanyikan lagu yang bernada tinggi ini bukan mudah. Kita perlu stamina yang tinggi."
SYAWAL: "Kekuatan vokal anda diakui. Malah, pernah menang Vokal Terbaik AJL, Anugerah Juara Lagu. Pernahkah anda rasa populariti anda kurang menyerlah?"
LIZA HANIM: "Dunia ini bulat ya. Ada ketikanya kita akan berada di atas, ada ketikanya kita berada di tengah-tengah, di bawah, atau mahu naik ke atas semula.
"Saya berehat hampir tujuh tahun. Saya mengundurkan diri daripada arena nyanyian dan bekerja di belakang tabir atas kehendak diri sendiri. Ia satu pengorbanan yang saya ambil untuk melihat anak-anak saya membesar dan saya hendak membesarkan perniagaan saya. Dan, saya cukup bersyukur apabila saya kembali menyanyi pada tahun 2017, kepulangan saya dinanti-nantikan."
TANGANI TOHMAHAN PEMINAT DENGAN BERHEMAH
SYAWAL: "Sebagai artis, anda tidak dapat lari daripada tohmahan. Misalnya, ada yang mendakwa kerjaya anda itu kurang menyerlah kerana 'kurang cantik'. "
LIZA HANIM: "Dalam era media sosial di mana orang boleh komen sesuka hati, saya rasa ramai yang sudah kurang adab, menyorok di belakang akaun palsu dan tidak mengambil tanggungjawab. Kerana itu saya ke depan. Ramai yang DM saya, “Kak, terima kasih pasal saya adalah mangsa sindir badan atau 'body shaming', saya adalah mangsa sindir muka atau 'face shaming' sehingga ia 'trigger' atau mencetuskan penyakit mental, sehingga mencetuskan gangguan makan, bulimia.”
"Macam saya, saya tidak merasa apa-apa, saya bahagia dengan kehidupan saya, jadi saya tidak terkesan."
SYAWAL: "Jadi secara tidak sengaja, anda menjadi pejuang untuk mungkin mangsa-mangsa pembulian oleh kerana episod sebegini."
LIZA HANIM: "Juga kerana saya ada lima orang anak. Jadi saya perlu tunjukkan yang ini adalah salah dan macam mana kita hendak bertindak balas? Kita bertindak balas dengan adab juga."
BIJAK ATUR STRATEGI BUAT KEMUNCULAN-SEMULA
SYAWAL: "Ramai artis lama yang bangkit semula selepas mereka memasuki Gegar Vaganza dan ini ternyata juga buat anda. Jadi adakah anda rasa tepat masanya untuk anda aktif semula?"
LIZA HANIM: "Gegar Vaganza memang terbukti ia dapat melonjakkan dan memperkenalkan balik seseorang itu jika mereka hendak. Dan kerana itu juga saya kembali ke GV10 untuk All Stars. Kerana, saya hanya mahu menyumbang-semula."

SYAWAL: "Sewaktu di GV, suara anda hilang atau berubah. Adakah itu ibarat mimpi ngeri bagi seorang penyanyi yang bertanding dan mahu membuat kemunculan semula?"
LIZA HANIM: "Tentu sekali, terutama tentunya untuk GV All Stars, saya adalah 'hot seat', diundi. Dan selepas diundi, diserapkan. Yang mengundi adalah peminat. Mereka yang memberikan semangat, sokongan yang luar biasa. Kerana itu saya sakit pun, saya cuba berikan yang terbaik dan Alhamdulillah, Allah permudahkan."
SYAWAL: "Selepas 27 tahun dalam industri, baru anda membuat konsert solo sulung di Kuala Lumpur. Kenapa kena tunggu selama 27 tahun?"
LIZA HANIM: "Salah satu sebabnya kerana saya berehat tujuh tahun. Tinggal 20 tahun. Ada beberapa percubaan yang kita sudah siapkan kertas kerjanya dan sebagainya. Dan bila kita cari penaja, banyak jalan buntu yang kami hadapi. Tetapi pada tahun lepas, apabila saya mencuba sekali lagi, di kala sebelum Gegar Vaganza bermula, ia berlaku.
"Dan selepas itu Gegar Vaganza pula. Jadi ia macam tersusun. Sebab itu saya kata, saya sentiasa percaya dengan rezeki. Tak pernah salah alamat. Tepat pada waktu dan masa yang tepat. Allah Maha Hebat, bukan? Tuhan kita sudah tahu apa yang terbaik untuk kita. Jadi saya sentiasa suka bersangka baik tentang apa sahaja. Kalau sesuatu perkara itu macam tidak menyebelahi kita pada ketika itu, pada 20 tahun lepas, saya tetap bersangka baik. Saya mengatakan, 'mesti ada sebabnya. Ada yang terbaik akan berlaku, lambat atau cepat'. Dan itu membuatkan saya sangat bahagia. Saya sangat puas hati dengan kehidupan saya sekarang. Saya sudah tidak ada rasa nak kejar nama, saya tidak ada rasa nak kejar kekayaan, kemasyhuran, tidak. Pasal saya percaya rezeki dan saya sentiasa husnuzon. Dan apabila kita bersyukur, dapat banyak lagi. InsyaAllah."
SYAWAL: "Jadi berapa lama harus peminat di Singapura menunggu konsert solo Liza Hanim?"
LIZA HANIM: "Kalau boleh, 2024 ini saya nak buat konsert solo di Singapura."
SYAWAL: "Album terakhir anda, 'Imagin', diterbitkan pada 2007. Jadi adakah ura-ura untuk menerbitkan album baharu?"
LIZA HANIM: "'Single' saya selepas 'Imagin' sudah boleh satu album penuh sebenarnya. Tetapi ada permintaan untuk saya buat album lagu-lagu klasik Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan juga Saloma. Saya pernah muncul dengan album tersebut sewaktu usia saya 19 tahun. Kalaulah saya diberi pilihan, saya hendak buat 'Volume 2' untuk album penghormatan itu."

SYAWAL: "Tidak akan jemu dengan lagu-lagu Tan Sri P Ramlee. Lagu-lagu Raya juga."
LIZA HANIM: "Ya, betul. Saya sangat-sangat selesa menyanyi Bersama Hazrul Nizam dalam konsert Sinar Lebaran. Istimewa kerana di Singapura. Apatah lagi dapat merayakan Hari Raya dengan sahabat-sahabat saya di Singapura. "
SYAWAL: "Pengertian Syawal kepada Liza Hanim?"
LIZA HANIM: "Kalau keluarga saya lebih kepada makanan. Ketupat anyam sendiri. Kalau dulu saya belajar daripada emak saya. Dan kami berdua menganyam. Kini, saya ada dua orang anak perempuan dan saya pula ajar mereka dan mereka pula menganyam ketupat. 200 biji setiap tahun. Ia suatu tradisi keluarga yang sangat-sangat manis dan saya harap apabila mereka ada anak-anak masing-masing, mereka akan turunkan kemahiran dan tradisi itu kepada anak-anak mereka."
SYAWAL: "Sebelum mengakhiri, mungkin anda boleh kongsi sedikit tentang 'single' terbaru anda."
LIZA HANIM: "'Single' terbaru saya berjudul 'Takdir Itu Milik Aku' merupakan OST untuk siri 'Takdir Itu Milik Aku'. Sebuah lagu yang bagi saya sukar. Saya merakamkan lagu tersebut pada minggu terakhir peringkat akhir pertandingan Gegar Vaganza All Stars. Ya, pada ketika itu saya rakamkan dan sukar, lagu itu sukar pasal dia punya julat atau variasi nada, 'range' yang daripada rendah hingga ke tinggi. Dan satu kepuasan bagi seorang penyanyi balada bila kita dapat menyanyikan lagu yang sebegitu, ia memberikan satu kepuasan. Dan saya sebenarnya tidak sabar juga untuk dapat menyanyikan lagu tersebut di sini, di Singapura suatu hari nanti. Harapnya saya dapat mempromosikan lagu itu juga di sini, InsyaAllah."
SYAWAL: "Akhir sekali, sorotan utama untuk Liza Hanim bagi tahun 2024 ini?"
LIZA HANIM: "Fokus untuk Liza Hanim. Ia mengenai jenama, ia mengenai bakat, mengenai lagu-lagunya dan perjalanan seninya. Saya tahu kalau saya tanya, “Okay, kalau lagu 'Siapa Sangka Siapa Menduga', mesti ada kisah ketika itu. Apa kisah awak?” Mereka boleh ceritakan kisah mereka."
SYAWAL: "Sekian saja masa yang kita ada untuk Berita+ HTHT kali ini. Kami doakan yang terbaik, bagi kerjaya anda untuk 2024."
LIZA HANIM: "Terima kasih kerana mengundang saya. Semoga apa saja yang awak lakukan dan semua team berjaya. Terima kasih."

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.