BERITA+: HTHT Salamiah Hassan: Malar segar dan usaha kekal relevan
Anggaran Waktu Membaca:
Tangkap layar skrin BERITA+ HTHT Salamiah Hassan. (Gambar: BERITA Mediacorp)
SINGAPURA: 'Gelombang' dan 'Menghitung Hari' merupakan antara lagu 'trademark' penyanyi yang dianggap antara ikon muzik Malaysia, Salamiah Hassan.
Beliau berbekalkan pengalaman kerjaya selama lebih 55 tahun berkarya menerusi genre pop, jazz, balada dan persembahan pentas sejak 1970.
Kini berusia 75 tahun, penyanyi malar segar itu kekal relevan dan menjadi inspirasi kepada generasi penyanyi lebih muda.
MOTIVASI UNTUK MENYANYI DENGAN GAH
SALAMIAH HASSAN: "Saya menyanyi kerana minat saya, kerana saya ibu tunggal yang hendak menghidupkan anak-anak. Jadi keutamaan saya bukan untuk menjadi bintang. Setakat untuk menyanyi dan meraih pendapatan halal. Itu sahaja.
"Saya pun dapat peluang menyanyi, buat konsert di Esplanade, dapat buat konsert di Istana Budaya, saya pun ada buat konsert untuk Konsert James Bond dan saya nyanyi untuk konsert Jazz. Jadi ini semua pencapaian saya."
GANDINGAN DENGAN ARTIS MUDA
SALAMIAH HASSAN: "Anak-anak muda sekarang, lagu-lagu mereka sedap-sedap! Penyanyi bagus-bagus. Saya berasa bangga dapat menyanyi dengan penyanyi-penyanyi muda dari Singapura. Saya suka kerana saya dapat memberi dan saya pun dapat menerima dari mereka.
"Tidak bermakna kita sudah berumur, sudah makan lebih garam, kita tahu segalanya.
"Kita juga kena belajar daripada anak-anak muda ini.
"Tetapi, hendak menjadikan sesebuah lagu malar segar itu susah.
"Walaupun ramai anak muda tidak kenal siapakah penyanyi Gelombang, siapakah penyanyi Menghitung Hari, tetapi apabila mereka pergi ke karaoke atau ke majlis, mereka menyanyikannya. Siapa nama penyanyinya? Mereka tidak tahu."
LAGU POPULAR MASA KINI VS LAGU MALAR SEGAR
SALAMIAH HASSAN: "Lagu-lagu yang bermutu sekarang ini akan menjadi lagu-lagu malar segar. Sampai bila-bila pun orang akan ingat. Tidak akan orang lupakan. Kalau lagu itu bagus, mudah diikut bernyanyi sama, orang akan ingat.
"Kalau saya menyanyi, saya nak menyentuh hati orang-orang yang datang.
"Mungkin semasa saya menyanyikan lagu itu, mereka masih muda, membuat mereka teringat peristiwa-peristiwa dahulu.
"Sebagai seorang penyanyi, kita macam perpustakaan untuk orang-orang yang datang mendengar kita menyanyi."
PENTINGNYA AMALKAN BELAJAR SEPANJANG HAYAT
SALAMIAH HASSAN: "Kalau kita sudah berumur macam ini, kita seperti kereta. Kalau tidak dihidupkan, ia susah nak jalan, kan?
"Jadi dahulu saya suka berlari-lari anak. Selepas itu, bila sudah meningkat umur, saya berjalan, saya berenang. Saya berenang pukul 10 pagi apabila orang semua sudah pergi ke pejabat, saya dengan ipar saya tadi itu, kami berenang. Setiap hari kami berenang. Supaya otot-otot kita ini bergerak.
"Kalau saya tidak menyanyi, saya ingat otak saya pun sudah jadi beku kot?
"Jadi saya pastikan yang saya terus belajar sesuatu, saya baca buku.
"Menyanyi ini, seperti saya belajar. Ada lagu yang saya tidak pernah nyanyikan, tidak pernah. Saya tidak pernah berduet dengan Dato' Jamal Abdillah, tetapi malam ini saya kena berduet dengan dia. Jadi ia bak, 'Oh, ia suatu cabaran, dan ia seronok, menyeronokkan.'"
KENANGAN YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN SEWAKTU BUAT PERSEMBAHAN DI SINGAPURA
SALAMIAH HASSAN: "Ada seorang peminat wanita itu, dia buka cincin dari jari dia, dia bagi saya. Saya tidak mahu terima.
"Saya cakap, "Eh, tidak boleh, tidak boleh! Tidak boleh, ini mahal ini!" Menangis-nangis.
"Saya kata, 'Wah, di sini, peminat di Singapura sini amat teguh minat mereka. Mereka tahu macam mana nak menikmati, mereka tunjukkan kita yang mereka minat pada kita'."
PENYANYI ATILIA HARON SEBAGAI ANAK & PENERUS LEGASI NYANYIAN
SALAMIAH HASSAN: "Anda kena ada keaslian. Bila anda menyanyi sahaja, orang tidak perlu tengok muka pun mereka tahu. Jadi Atilia dengan saya mempunyai suara yang berbeza. Atilia mempunyai suara yang santai didengar.
"Dan penyanyi-penyanyi yang ada di luar ini semua berbakat, semua pergi sekolah, belajar vokal, belajar apa. Saya mana ada pergi sekolah?
"Saya belajar vokal menerusi pengalaman, dengan menerusi kesukaran, kan? Menyanyi tiap-tiap malam.
"'Eh kenapa suara aku macam ini hari ini hah? Oh, sebab mungkin aku bongkok, menyanyi sambil membongkok. Menyanyi ini, kita kena rileks. Bahu tegak, rileks, tengok depan. Senyum!
"Saya selalu nasihatkan Atilia, 'Jangan menyombong. Lagi tinggi kita terbang, kita pandang lah ke bawah. Sebab, kalau terjatuh, rasanya sakit!'
"Dan saya ada mempunyai jiwa ini sejak saya mula menyanyi lagi.
"Kalau saya pergi menyanyi di Sabah ke, Sarawak ke, atau ke mana-mana kan, dan saya pergi dengan para pemuzik, orang yang menguruskan itu akan bertanya, "Puan Salamiah untuk penerbangan nak duduk kelas bisnes ke?" Jawapan saya, 'Para pemuzik ini duduk mana?' 'Ekonomi.' 'Maka saya akan duduk kelas ekonomi juga.' Dan apabila dia kata 'Oh, Salamiah boleh pesan makanan untuk dihantar ke bilik hotel - 'Room Service'.' Saya akan tanya, 'Para pemuzik?' 'Di restoran,' dia jawab. Jadi saya pun makan di restoran juga. Sebab, kalau tidak ada para pemuzik, saya pun tidak boleh menyanyi.
"Kita buat para pemuzik itu seperti anak-anak kita, keluarga kita, adik-beradik kita. Kita hormati — kalau kita bagi mereka 50%, mereka akan bagi kita 100% di atas pentas.
"Selepas saya menyanyi di mana-mana, saya akan tunduk kepada penyanyi (latar), cakap terima kasih, terima kasih. Terima kasih para pemuzik!
"Selepas konsert, saya akan pergi ke juru audio, "Terima kasih menjaga suara saya".
"Kerana, kita kena berterima kasih kepada orang-orang yang membantu kita dalam industri ini. 'Diva' itu tidak ke mana. Rezeki itu kalau kita punya, kita punya. Dan kalau boleh, jangan bagi susah oranglah. Saya tidak suka orang tunggu saya. Saya tunggu orang, tidak mengapa. Saya sentiasa tepat waktu."

Sumber : BERITA Mediacorp/RL/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.