BERITA+ HTHT NANA KARIA: 30 tahun berjuang di sebalik kecaman
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Beliau pernah dikecam kerana kurang penampilan walaupun mempunyai vokal yang cukup mantap.
Kini, penyanyi asal Singapura yang digelar Ratu irama Soul, Nana Karia, bakal melancarkan 'single' terbaharunya bersama penyanyi Malaysia Azharina Azhar, berjudul 'Biar Gambar Bicara', secara rasmi beserta video muziknya esok (17 Nov).
Lagu hasil gubahan Nana ini menjadi titik pertemuan dua Juara, SG Mania musim ke-2 dengan Juara Gegar Vaganza musim ke-3.
Sempena pelancarannya, Berita+ HTHT menyusuri perjalanan seni sepanjang tiga dekad, 'Belter', guru vokal, usahawan muzik dan komposer ini.
DARI NASYID KE NYANYIAN KORAL
NANA KARIA: "Nana bersekolah di Madrasah Alsagoff dari darjah satu sampai menengah tiga. Baik sangat. Keputusan pelajaran Alhamdulillah, tidak pernah ada masalah. Cuma terkadang bercampur dengan salah (kawan). Budak madrasah ini jangkaan daripada orang tua agak tinggi. Saya ini pemberontak pula, jadi nakal sedikit. Mak abah pula bekerja sepenuh masa, jadi mereka buat keputusan untuk hantar saya ke Melaka sebab baik sangat, suruh nenek jaga. Duduk dengan nenek dan datuk - bertiga sahaja.

"Mula-mula pergi sekolah kerajaan, tetapi selepas itu tidak dibenarkan, sebab saya orang Singapura kan? Saya diberi Pas Pelajar, tetapi kena masuk sekolah swasta. Terpaksa masuk sekolah swasta Kristian - Methodist High School. Jadi memang ada 'kejutan budaya' sedikit dan saya adalah satu-satunya Melayu dalam sekolah pada ketika itu. Tiap-tiap pagi mereka ada 'morning mass' di sekolah. 'Mass' itu macam syarahan. Pembukaan dan penutup mesti nak kena ada macam nyanyian yang memuji-muji Tuhanlah, lagu-lagu ketuhanan. Saya dilantik untuk menyanyi sahaja. Dapat 'markah tambahan' sekolah. Jadi saya masuklah, dan saya belajar menyanyi koir. "
SANGGUP BERULANG-ALIK MELAKA-SINGAPURA UNTUK DIKIR BARAT
1995: Minat Nana kepada seni Dikir Barat membuatnya berulang-alik di antara Singapura dengan Melaka pada hujung minggu, sehingga memenangi anugerah Tok Juara Terbaik bagi kumpulan wanita dalam pertandingan nasional Perdana '95. Anugerah yang masih dipegangnya sehingga kini.

NANA KARIA: "Masa dikir barat itu, kumpulan saya - Jalasutera II adalah satu-satunya kumpulan wanita yang dapat masuk peringkat akhir dalam Perdana '95. Sekarang sudah jadi Mega Perdana. Dan saya dianugerahkan Tok Juara Terbaik. Sampai sekarang alhamdulillah, saya masih pegang gelaran itu. Untuk pertandingan Perdana, peringkat kebangsaan, masih belum ada wanita yang dapat menyandang Tok Juara Terbaik. Alhamdulillah sekarang makin ramai kumpulan wanita. Waktu itu, boleh dikira dengan jari. Tetapi masih belum ada wanita lain yang menyandang gelaran Tok Juara Terbaik atau Tukang Karut Terbaik. Saya menanti dan nak saksikannya di peringkat kebangsaan, satu hari nanti InsyaAllah."
SINARAN PASPORT KEGEMILANGAN
NANA KARIA: "1997: saya memasuki uji bakat bagi pertandingan Sinaran Pasport Kegemilangan. Saya nyanyi lagu Jerat Percintaan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza. Menyanyi di Mahkota Parade itu kali pertama saaya nampak luarbiasanya sokongan orang ramai, macam 'feeling' artis lah gitu! Memang seronok dapat masuk pusingan seterusnya. Tetapi, apabila sudah turun dari pentas, 'Oh maaf ye dik, tak boleh. Kena awak bukan warganegara'! Jadi, itulah antara momen-momen yang paling mengajar, yang nak jadi artis pun faktor kewarganegaraan dengan di mana awak berada itu, penting!"
Nana kemudian berkecimpung dalam kugiran. Usaha yang juga memerlukannya berulang-alik Melaka-Singapura ini juga ternyata berbaloi.
NANA KARIA: "1998: saya masuk pertandingan Top of the Band di Singapore Hotline. Band saya bernama Knicknack, menang nombor satu! Dan saya penyanyi perempuan dalam band yang ditawarkan kontrak persembahan tetap. Masa itu, umur saya 17 tahun, nak masuk 18. Saya dapat tawaran itu selepas SPM dan sudah habis sekolah semua. Jadi saya buat keputusan tidak sambung belajar untuk dapatkan diploma, tetapi sebaliknya untuk pulang ke Singapura dan bekerja kelab sehingga kini".
PAHIT-MANIS SERTAI SINGAPORE IDOL #1
NANA KARIA: "Pada tahun 2004, Singapore Idol yang pertama. Saya dan tiga kawan lain beratur sebelum hari ujibakat yang dijadualkan, yakni sejak malam sebelumnya. Beribu orang yang beratur! Tetapi dalam pertandingan realiti itu, teruk saya kena kecam! Dapat masa 'lima minit kegemilangan', tetapi kecaman - fasal gigi, gigi saya memang tidak rata kan? Gigi tidak sebaris, gigi tajam dan orang yang menonton Saluran Lima lagi ramai kan? Maka kecaman pun lagi banyak!"
MENANGANI KECAMAN: BUKAN LARI, LAWAN!
NANA KARIA: "Mungkin Singapura belum bersedia untuk menerima penyanyi seperti saya!" Ya Allah. Kenyataan macam itu Nana keluarkan dahulu?! Nana minta maaf sangat-sangat, Nana muda lagi masa itu! Bila fikir balik, ya Allah apasal aku macam konfiden gitu. Ya, sebab marah dan sedih dan rasa terpukul sangat-sangat kena kecam tentang gigi, tentang pendek, tentang macam-macam lah benda yang fizikal. Tidak ada yang kena-mengena dengan lagu, nyanyian dan persembahan saya. Jadi itu antara pengalaman yang berharga sebab saya belajar tentang pentingnya estetik di TV.
"Satu lagi, Singapore Idol ini bergantung 100% kepada pengundian orang ramai. Jadi saya lupa nama seorang lagi peserta yang masuk pusingan selanjutnya sebab dapat undi banyak tetapi kasihan dia. Orangnya baik, tetapi nyanyiannya tak berapa stabil. Sokongan terhadapnya melalui undian kuat sangat. Walaupun kita tahu dia penyanyi yang amatur sangat kan, tetapi dia dapat mara ke peringkat selanjutnya, manakala saya tersingkir keluar. Disebabkan undian. Jadi itu pun antara pengalaman yang berharga. Saya tak nak lagi masuk pertandingan yang bergantung 100% kepada undian peminat."
JADI 'TUTOR VOKAL' KEPADA PESERTA-PESERTA SINGAPORE IDOL LAIN
NANA KARIA: "Saya sebenarnya tak suka masuk pertandingan. Saya stres sebab saya kalau bertanding, saya akan fokus dan tak ingat makan, tidur, minum. Itu yang terjadi di Singapore Idol. Saya khusyuk sangat, dengan pertandingan, dengan nak membantu kawan-kawan yang, sebab semua tahu yang saya nyanyi kelab masa itu, jadi ramai yang datang dekat saya, 'Macam mana nak tahan nafas, macam mana nak buat senaman untuk ini-itu, macam mana itu-ini, pasal nyanyian, teknik. Sampai saya lupa dan tak selera makan. Minum kopi sahaja. Dan saya yang memang ada gastrik masa itu jadi melarat menjadi gastrik yang teruk. Sampai saya tidak boleh gerakkan kaki daripada pinggang ke bawah! Pasukan Singapore Idol hantar saya pergi A&E. Memang antara momen yang tak boleh lupa. Kamera ikut rakam masuk A&E!
RATU MUZIK SOUL, PENGGUBAH LAGU
NANA KARIA: "Dari Singapore Idol, saya dapat gelaran 'Queen of Soul'. 2008: saya terbitkan album mini dengan produser Jebon - lagu Lafaz, ada Aku Milikmu, lagu Inggeris, Crave, itu album mini yang pertama. 2015: saya keluarkan album berjudul Perhatian - album penuh pertama yang saya lancarkan. Itu antara pengalaman yang paling peribadi sebab album itu ada sebelas lagu, dan sembilan lagu saya tulis sendiri.
"Lagu Suratan Cinta yang saya duet bersama Sufie Rashid dinominasikan antara Duo Kolaborasi Terbaik Serantau di APM - Anugerah Planet Muzik, 2009. Saya saya diletakkan dalam kategori yang bertanding menentang Dato Seri Siti Nurhaliza, Rossa.. Tetapi bezanya, lagu Suratan Cinta itu saya tulis berdasarkan hidup saya sendiri. Suami saya berusia sembilan tahun lebih muda. Jadi, semasa kita nak bersatu itu memang susah. Album Perhatian itu banyak menceritakan perjalanan hidup saya. Saya salurkan keperitan saya ke dalam penulisan.
"SG Mania 2016: sebab saya mula menulis pada tahun 2014 untuk album saya, jadi saya nak karya-karya saya pula dikedepankan. Maka saya masuk SG Mania dan Alhamdulillah menjuarai pertandingan itu. $25,000 wang kemenangan dari SG Mania musim kedua."
Wang tersebut, pertama Nana gunakan untuk membawa ibunya menunaikan umrah, manakala sebahagian lagi Nana gunakan untuk melabur dalam masa depannya - mengambil diploma untuk mengajar vokal dan persembahan.
Namun perjalanan seni Nana Karia tidaklah selancar yang diharapkan.
NANA KARIA: "Balik daripada umrah itu, saya cuba pakai 'turban'. Bekerja di kelab malam memang ada orang cakap 'hipokrit' lah. Tetapi, saya sudah buktikan kepada mak abah yang mula-mula memang tidak galakkan saya menyanyi. Tetapi mereka tidak menghambat juga. Lagi-lagi abah. Abah saya seorang yang kuat agamanya, ustaz di masjid. Abah kata, 'Kau jalankan hidup kau. Jatuh, aku datang'. Dulu masa baru-baru mula, mak dengan abah tak nak datang, tak nak tengok pun bila mereka tahu saya buat persembahan.
"Mereka mula terima sebab mereka nampak yang saya tidak rosak dalam industri ini. Senang sangat nak rosak dalam industri ini. Dalam kelab, dalam situasi-situasi yang orang nak beri tip banyak, bagi benda-benda yang tak baik. Memang berlaku di depan mata. Banyak sangat. Tetapi mak abah nampak yang saya pandai jaga diri. Saya tidak ambil ringan amanah mereka untuk saya menjaga diri. Jangan rosakkan diri. Jangan rosakkan nama baik keluarga. Buat contoh terbaik untuk adik-adik. Saya ada empat orang adik yang pandang tinggi kepada saya. Jadi, jangan buat contoh yang tak baik. Amanah ini saya pegang kuat. Jadi, bila saya sudah buktikan, mak dengan abah alhamdulillah menyokong saya, sampai sekarang."
KOLABORASI 'SINGLE' TERBAHARU
NANA KARIA: "Azharina Azhar (Nina) adalah duet kolaborasi dengan artis Malaysia yang ketiga selepas Rizal Ahmad dan Ezad Lazim. Sejak Azharina menyanyi lagu Rawan dan Elegi Sepi itu memang saya sudah minat pada kebolehannya. Biar Gambar Bicara - dalam lirik itu ada kata-kata 'cekap, bijak akan memahami; bila anda faham, ok diam'. Memang audiens online lebih besar di Malaysia. Jadi tujuan saya dengan Biar Gambar Bicara bukan hanya untuk mengingatkan tentang mesej agar jangan mudah percaya apa sahaja yang kita lihat di media sosial, tetapi juga untuk saya dengan Azharina menikmati peranan kami sebagai penyanyi mapan dalam industri muzik serantau. Sebab kita sudah berusia. Saya dengan Azharina bukan kategori penyanyi-penyanyi baharu.
"Kerana itu, kita bergabung. Saya dan Azharina dikenali sebagai 'Belters'. Kita penyanyi yang nada suara yang tinggi, asyik nak lontar suara sahaja kan? Tetapi kalau sudah dengar Biar Gambar Bicara, dua orang Belters ini menjadi satu, secara aman. Tak payah nak melebihi satu sama lain, jangan. Genre muzik yang kami pilih pula tidak dimakan masa - pop, jazz, ada sedikit swing.
BAB SETERUSNYA?
NANA KARIA: "Sekarang sudah tiga dekad, Nana dah mula merancang untuk kurangkan aktiviti nyanyian. Nak cari bakat-bakat baru, bagi mereka peluang untuk menjana kehidupan melalui muzik. Saya ingin menerokai seni yang berlainan. Saya nak teroka berlakon. Nak teroka berlakon tapi teater bukan TV. Doakan ya!"

Sumber : BERITA Mediacorp/RL/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.